Saturday, 8 June 2013

Fresh from Pasar Basah Mukah, Sarawak

hello ت

harini aku nak share tempat kedua aku pegi waktu cuti sekolah. nak tahu tempat pertama aku lawat? boleh baca kat SINI SINI. aku tahu tempat aku lawat terletak di negeri kelahiran sendiri iaitu Sarawak. nak buat mcm mana, mak tanak bawak aku pegi jalan jauh. kau dah kenapa kan, Sabah yang sebelah Sarawak pun aku belom lawat, ini nak pergi  lagi jauh konon. haha :D

Mukah sebenarnya kampung aku. taklah dekat tengah bandar Mukah. kampung aku tu terletak di (aku taktau nak eksplain) tapi masih dalam area Mukah. next entry aku cerita okay :) boleh kira tiap tahun jugak lah aku dan femili pegi sini. kiranya a-must-go-place tiap tahun. sebab apa? sebab sebelum balik kampung, aku nak jugak merasa jadi org Mukah, baru ada feel nak balik kampung. rasanya, tempat aku menginap pun pekerja dia dah cam muka kot. 

pergi ke Mukah mestti jejak kaki di Pasar Basah, Mukah kan. kat sana memang banyak makanan fresh. for those yang kaki seafood mcm aku, ibarat heaven. sebab awal pagi lagi dah banyak bot-bot nelayan kecil datang untuk jual hasil tangkapan mereka. udang, ikan, kerang, sotong semua ada !

pasar basah mukah, mukah, sungai mukah

mukah, pasar mukah, mukah best

mukah, ikan fresh, awal pagi,market

mukah, ikan freas, segar, awal pagi

yang ini antara nelayan yang baru sampai bawak hasil tangkapan mereka. ikan tu masih hidup lompat-lompat lagi. memang Freshhhh

udang, fresh prawn, mukah

udang fresh, mukah

udang, mukah

udang fresh, mukah

udang sebesar mana kau nak pun ada. gambar  udang yang di atas tu bersaiz jumbo. bapak  aku beli dengan harga Rm 45. sekilo lebih berat dia. memang puas makan!

sayur

sayur pun ada. pelbagai jenis dan warna pulak aku tengok.

makanan unik di sarawak, ulat sagu. ulat mulong, sokot, sagu

ini ulat sagu atau ulat mulung atau sokot. makanan unik masyarakat di sarawak. tak semua org nak makan. kena ada keyakinan yang tinggi bila makan ni. 

karipap, popia

nasi lemak, kueh tiaw

dekat sebelah pasar basah tadi ada satu tempat khas untuk penjual kuih-muih. ada nasi lemak, kuih penjaram dan banyak lagi. terliur bila tengokk. oh ya umai dan kuih tradisional pun ada jugak jual sini. sayang tak sempat amik gambar

6 comments:

  1. kmk bok jak singgah sia
    ikan kembong rm5..
    tapi nang boleh tahan..besar2 jak
    undang nok besar ya masa bila ktk ambik gamba? td singgah..udang kecik jak

    ReplyDelete
    Replies
    1. @yumida ehh lupak madah. last week kmk pegi sia :) bok jak update.

      Delete
  2. Bestnya dapat jalan-jalan..

    ReplyDelete
  3. Udangggggggggg. So sad. Setahun merantau, setaun juak sik merasa udang..favorite sgt2. And also matal. Kmk mkan benda ya. Sokot? first time dgr og manggil ya sokot. Hihi

    ReplyDelete

Awak yang comel. Komen elok-elok tau