Saturday 23 February 2013

Penjagaan Rambut

penjagaan rambut? sejak bila cha mula minat petua2 ni? haha :D okay semenjak rambut saya dah rosak, dah gugur, dah tak lembut, dah tak gorjes, dah tak ohsem macam dulu *yerkkk? ade ke rambut aku menempuhi zaman keohseman?* eh who caresss. *flips hair*

tahu tak orang-orang yang berambut gorjes tu sangat rajin? why ? sebab bila saya google petua dan cara2 utk penjagaan rambut ni speecless in seconds. what the heck nak buat semua tu? padahal saya di sini cuma syampu, sikat, letak serum and done. okay, let me stick di sini beberapa petua yang dijumpai dan yang perlu makcik chaca ikut dan turuti.

  • Bangun pagi tengok cermin kan, jangan terus sikat rambut! leraikan rambut yang degil nak lurus tu dengan jari-jemari anda yang comel
  • Bagi yang berambut panjang jangan lupa buat treatment ya. paling-paling pun sebulan sekali
  • Guna serum atau perapi (leave-on) hanya pada bahagian atas dan hujung rambut. fokus tempat tersebut ye akak-akak
  • Jangan guna selalu sangat guna hair dryer ataupun alat hair curler. panas tau tak! rambut korang nangis2 mintak ais. *tak sedar diri yang selalu guna hair curler sebab nak rasa diva*
  • Santan boleh membantu meluruskan rambut. Parut kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campur santan dgn perahan air limau nipis dan simpan dalam peti sejuk. Guna sebagai krim rambut. Sapu pada rambut, kemudian cuci 
  • Daun bunga raya untuk elak rambut gugur. (petua yang digunakan jiran sebelah rumah. anak2 dia wow rambut memang gorjes! berterima kasihlah kepada pokok bunga raya atok aku. hihi) Ambil daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh sehingga bersih dan kisar. Perap ramuan di atas kepala. Amalkan dua kali seminggu
  • Nak rambut cepat panjang, rajin2 lah pegi trim dekat salon. *bab ni palinggggg malasssss, poket i ketat* sebab tu rambut tumbuh beberapa sentimeter je dalam setahun *sila simpati*
so, korang rajin2 lah jaga rambut okay. jangan contohi mak cik di bawah ni .

rambut tu aku simpan dalam setahun tau. masih jugak panjang tu :(

Friday 15 February 2013

Silky Girl Precision Sharp Eyeliner Pen and Silkygirl Eye Opener Mascara Review

so, today i went out to Boulevard. i decided to step into Guardian store as Along wants to buy her lipstick. i went to Silky Girl make up counter. without thinking twice, double, triple i just grab a Silky Girl Precision Eyeliner Pen. i,ve been using it before dan saya sangat berpuas hati. tak mudah comot, easy handling, and nice sharp pen. i think this eyeliner is much suitable for beginers.

dulu, waktu masih muda tak reti sangat guna eyeliner. waktu tu ingat lagi pergi kedai beli liquid eyeliner, pergi cermin, cuba ala2 model, tupp terus masuk mata. hihi lama kot tak guna liquid eyeliner waktu tu. belasah guna pensel punya aje. traumaaaa. so sekarang dah reti dah guna eyeliner jenis basah *sebab dah ada product ni*

then, nampak pulak Silky Girl Eye Opener Mascara. ahhh ni yang rasa tersentap beg duit! haha :D tapi, tak jadi beli sebab masih ada stock lagi. baru je beli 2 bulan lepas. masih banyak lagi. but, untuk yang bermata sepet *like me, due to spectacles effect* mascara ni boleh guna. efek nya pun cantik *kelas che ta* eh? convinient to carry, waterproof dan last losting.

harga produk ni berpatutan jugak untuk student macam saya yg mengharapkan muka 10sen utk ditonjolkan kepada parents. Mascara (Rm 9.00) , Precision Sharp Eyeliner (Rm 18.99)

rupa produknya. Eye Opener Mascara (atas), Precision Sharp Eyeliner Pen (bawah)




 i'm wearing it. so how?


Thursday 14 February 2013

My Valentine's Day


like what i said yesterday. valentine is a boring day. even with or without your love one. i think sitting in front of tv, laptop, homeworks or even shopping and outing with family is better than hugging, kissing your love one. mostly, i saw peoples i mean a couple upload their "romantic" action during valentine's day. tak salah celebrate kan but how can you upload your photo when kissing? i mean that is silly to the max. 

bagi pendapat cha, valentine seharusnya romentik yang smooth. bagi bunga dekat pasangan or just send him/her a text. it will make their day. mcm saya, yang alone ni cuma menghadap laptop menulis blog dan menikmatiu minuman bliss yang menyehatkan lagi menslimkan *slim ke der* 

so, for those yang tengah pening fikir nak beli apa atau buat apa untuk si dia, i rekemen those yang tak pernah orang buat dekat saya. hihi
a)bunga - even sekuntum boleh buat pasangan senyum. bagi yang alergik tu jangan lah mengedik nak bagi. nanti hari bahagia kau masuk sepetal. nak?
b)teddy bear/teddy keychain - pilih yang comel, jangan pilih angry bird sudah
c)buat cover song - i think this is the sweetest way. tak kisah lagu tak sedap or what. yang penting abda berusaha
d) simple text message - nowadays, semua dah ada phone kan? just text him/her. smartphone pun ada. so why dont you download a valentine application?  

btw, my great valentine day is like this. 
  

seriously i enjoyed what im doing. hihi can i just imagine GD holds my hand bring me along Han River? and im holding a bouquet of white roses or tulips? i think that's romantic :)

Happy Valentine's Day you you you. Have a nice day !

FABULOOUS GIVEAWAY

 

 HAI :) hari ni rasa nak join giveaway. lagipun blog ni masih kosong, jadi saya nak join giveaway atau segmen :) sedang diriku berjalan di siang hari valentine ni *eh* ternampak pulak satu GA yang menarik perhatian chaca. btw, banner di atas cantik kan? purple my favourite colour. okay then. malas nak cakap banyak. so, yang nak join GA ni boleh klik link di bawah. semua syarat dah beres :)


SENARAI HADIAH SWEET-SWEET!!!
TONY MOLY LIP TINT- Cherry Pink
TONY MOLY PETITE BUNNY GLOSS BAR
TONY MOLY TOMATOX MAGIC WHITENING PACK SAMPLES 
FACE MASK - random
CRYSTAL COLLAGEN EYE MASK
SKIN79 BB CREAM SAMPLES
THE FACE SHOP BIG FRESHIAN MASCARA
ETUDE HOUSE STYLING EYELINER   
   

Akan post entry walaupun takda followers

should i say tajuk di atas mintak simpati? well, NO of course. belog ni saya. okay sikit pembetulan. mulai harini saya akan sentiasa berusaha utk menggunakan perkataan "saya" "me" "i" instead of aku. kalau ada terlajak tu biarlah ehh. practice make perfect babes. lol

actually saya nak buat acc ni utk kongsi kehidupan seharian yang 30% menyeronokkan dan 70% membosankan. setakat ni je lah ye. hihi :'D lagipun i prefer to read others blog yang memang awesome seperti Barely SupermommyHanis ZalikhaYuyu ZulaikhaFatin Liyana ,dan ofcourse blog cikgu saya yang suka kubit saya bila tak buat homework Pink Bubblegum princess . kadang2 teringin jugak nak jadi mcm akak2, puan2, miss2 sekalian tu. macam kreatif je bila update entry. me? haha tunggu mak jemah cabut gigi baru nak keluar idea nak update. eh, i will fighting for it! btw, i love to read blog about mommyhood.i just dont know why. maybe sebab saya tak pernah ada adik, so rasa mcm suka je baca story pasal baby *teringat baby adam*

masa first2 dok edit blog ni, ada pulak terfikir nak earn some money from blog. eh boleh ke di student? nak juga merasa earning some money, dengan menaip sahaja. bukan  nak mencari populariti ya, jauh nun ke england pandangan tu. haha :D ada ke yang nak baca or even care about my blog? *bunyi cengkerik*.
I just dont care, i will post entry, share stories about my life, study and bla bla bla *blog aku kan* 

 Tumblr_lx41uvxlyf1r7cprjo1_500_large

Monday 11 February 2013

Lari nyamuk lari

pemandangan kampung petang tadi

start dari minggu lepas dah aktiviti pogging *betul ke ejaan* ni. mana tak nya dah ada 2 kes pun jadi dalam bulan ni. kes demam denggi. tapi masih di peringkat belum serius. mula2 taktau pun ada kes yang jadi. maklumlah aku ni malas nak ambik tahu cerita situ sini. dengar dari mulut jiran2 aku lagi best *tambah acara ngumpat* 

bermula dengan bunyi mesin serupa meriam tu, semua dah lari lintang pukang tutup cermin. ahh bilik aku bau ubat nyamuk tu lah sekarang. sebab lupa tutup cermin -.- aku tak lah lari mana, ala lagi elok ubat tu masuk rumah kan? takdaa lah datuk,nenek,mak,bapak,anak,cucu nyamuk tu menguasai takhta dalam rumah :D org sibuk lari aku sempat snap gambar. rasa mcm awesome pulak kampung berasap-asap :'D

dah macam kebakaran aku tengok


sempat lagi pose!
 

mak aku sebok berdiri situ apesal? haha

Si empunya belog

hai awak awak awak. nampak tak keindahan kekosongan belogku ini? haha. ni belog baru. baru siang tadi aku tubuhkan. kesinambungan daripada  belog lama . entah kuman apa yang sesat pi dudok dekat kepala aku pastu pengaruh aku suruh tambah koleksi belog lagi satu. kiranya blog yang aku edit sendiri, tanpa penggunaan kulit belog. haha skemanya bunyi. i mean blogskin.

so, malas nak introducing introducing diri pepanjang. aku tempek muka ayu aku dekat sini okayy :) so, doakan lah aku rajin mengupdate blog ni. jangan bagi makan vitamin M !


Sunday 10 February 2013

Ni nak try kejap

testing dulu ye