Sunday 30 June 2013

Nak ikan laga merah

hello :)

rasanya hari ni gedik sangat jejari ni nak menaip banyak-banyak. yelah esok sekolah. tak boleh dah nak update segala bagai. entry kali ni saje nak share keinginan nak beli seekor lagi teman seakuarium Kuikui. Nak tau ikan apa Kuikui ni boleh lah baca entry ini. nama Kuikui tu Elize yang bagi :) setakat ni genap 2 hari dah Kuikui atas meja miss nyutt. *eh panggil miss nyutt pulak ini idea kawan haha. Kuikui ni jenis yang memang kuat makan mcm tuan dia. first day bela tu bagi 20 biji makanan semua dia lahap tak sampai 10 minit. mungkin tuan kedai tak bagi makan kot. esoknya poop uihh banyak engkauu. ekor dia takyah cerita, mmg serupa evening dress. aku yang tengok pun rasa berat je ekor dia tu. tapi aku suka ekor yang panjang. nanpak gojesh.




memandangkan akuarium yang aku beli tu bersaiz agak besar untuk kuikui, timbul pulak idea nak bela seekor lagi. ikan pelaga kan tak boleh campur, tapi takyah risau. akuarium tu ada divider dia. sebelah boleh letak kuikui, sebelah lagi letak jiran kuikui. kali ni nak ikan laga merah pulak. biar warna dia kontra :) ohhh bertambah cantik lah study table ku nanti. yeahh ! lagipun warna merah ni ada ong bak kata emak ku yang merah gincunya.

 
 credit ; google

Segmen Bloglist Julai dan Ogos by Cik Akak

hello :)

 

fuhh baru balik tuition. bukak laptop terus mata tertancap dekat banner comel kat atas tu. kucing ni tak boleh ke tak comel haa amik engkau. kali ni rasa nak join segmen sebab segmen ni Cik Akak yang buat. yeahh bagi sokongan padu ni dekat Cik Akak. untuk sapa-sapa yang tak kenal lagi Cik Akak, bolehlah jemput ke blog madah cinta cik akak. ( Blog Cik Akak ) . Klik link di atas bawah banner ye untuk join :)

Nadi Aniqi ; Anak Zahiril Adzim dan Shera Aiyob

hello :)

congratulation buat pasangan selebriti comel Zahiril Adzim dan Shera Aiyob yang telah dikurniakan baby boy yang sangat comel. Zahiril Adzim seolah-olah memberi teaser kepada pengikut IG, sebab sejak seminggu lalu Zahiril cuma mengupload gambar hidung, mata, telinga dan jemari baby. eksaitedd peminat tunggu wajah penuh baby. dan, rasanya baru semalam aku perasan Zahiril upload gambar full-face baby boy dia. baby boy ni dinamakan Nadi Aniqi. Shera menjelaskan nama yang dipilih membawa maksud keindahan yang menawan hati. lengkap sudah kehidupan pasangan ni dengan kehadirin Nadi Aniqi. semoga Nadi membesar dengan sihat dah hensemm serupa bapak dia. hehe :'D
 anak zahiril adzim, anak shera aiyob, nadi aniqi

Saturday 29 June 2013

Dah ada teman semeja baru !

hello :)

bila nak belajar je bosan. bila nak hadap buku je bosan. memang lumrah seorang pelajar lah kan, lagi-lagi kalau dah ada cop Malas yang sah dekat dahi. kadang-kadang rasa marah jugak sebab mata mudah ngantuk bila siap nak study dekat meja belajar. siap rasa nak renyuk je anak mata.exam dah nak dekat, tapi sampai bila lah mata nak cooperate dengan keyakinan nak study. so, timbullah satu idea untuk mengelakkan bosan semasa study.

apa idea aku tu? kalau follower instagram aku dah tau pun tentang kewujudan partner baru aku ni. dok semalam asyik snap gambar dia yang gorjeshhh! tapi nak jugak share dekat sini yakni traffic blog dah merudum. takut pulak pageview nanti exactly zero. ok, back to top. semalam aku beli ikan pelaga. dah lama dah idea nak letak ikan dekat atas meja study aku. taklah bosan kan :')

senang je yuoolls! benda ni tak rumit mana pun. asalkan meja study tak nampak bosan. apa yang diperlukan cuma akuarium kecik,makanan dan ikan. *air tu taruk sendiri. bajet takyah cakapp, memang mudah dan jimat.

Akuarium kecik : Rm 6.50
Makanan ikan : Rm 3
Ikan pelaga : Rm 3

mudahkan? so lepas ni tak lah mata aku bosan sangat tengok persekitaran meja study aku tu. ikan pelaga ni cantik kalau ekor dia panjang dan labuh bak evening dress che ta. kalau dia lentok badan dia dlm air tu memang cantikk. jiwa i tenang pulak nengok. tak caya? tengok ni.

gojess tak kak ton?



untuk korang2 yang ada masalah mudah bosan bila belajar di meja belajar, boleh lah cuba cara ni. mana tau berkesan ;)

Tuesday 25 June 2013

Katil berselerak lebih bersih. Betul ke?

hello :)

lepas bangun pagi ja dah kemas katil kan. tu pun kalau rajin. kalau mcm aku ni, pemalas tahap dewa bangun terus pegi dapur, matahari dah tinggi sikit baru nak kemas,  buka tingkap bagi cahaya matahari masuk. korang percaya tak kalau katil korang yang kemas lagi elok dan sedap mata memandang sebenarnya tak bersih daripada katil yang dibiarkan berselerak?

eh ni dah kenapa kann. nanti kalau enggak kemas ya dibilang pengotor lah *intonasi rossa yg ayu. common lah kalau katil tu tak kemas, dgn cadar yang renyuk, selimat tak berlipat dikatakan tuannya pengotor. tapi korang tahu tak?


Katil yang tidak kemas dipercayai tidak menarik perhatian pijat. Pijat tidak dapat hidup dalam kondisi yang hangat dan kering semasa katil bersepah. Jadi, meninggalkan tempat tidur berselerak dapat menghilangkan kelembapan dari cadar dan tilam sehingga pijat mengalami penyahhidratan dan akhirnya mati. - Penelitian Universiti Kingston, Us (pimpinan Dr. Steven)

Hurm, boleh pulak kan pijak lebih selesa di katil yang kemas. kelasssss kau pijat. haha. so, apa pendapat youolss? bangun pagi nak katil mcm mana?
 macam ni? atau..


Sunday 23 June 2013

Kesihatan tubuh dan wajah sewaktu musim jerebu

hello :)
 
credit: borneopost
 
Jerebu dah kembali! sekarang musim jerebu, keadaan di luar rumah sangat bahaya. terutamanya untuk kanak-kanak, oldies dan yang berpenyakit spt asma atau paru-paru. kadang-kadang terfikir jugak, mcm mana nak kembalikan dunia yang bersih tanpa pencemaran. kesian tengok keadaan kat luar sana. especially those yang bawak anak naik motosikal. terdedah sangat dgn jerebu. musim jerebu nilah kita kena serious jaga kesihatan diri. wajah pun jangan ditinggalkan. jgn biarkan muka korang2 yang mulus tu berhabuk. apa-apapun banyak perkara penting yg perlu diamalkan sewaktu musim jerebu ni. macam berpantang lah pulak kan.

1. Tolong minum sebanyak mungkin air. kalau dah rasa tekak tu mcm tersumbat bak iklan mucinex elok lah minum air banyak-banyak. cuaca panas, hang pengsan sapa nak angkat? kan. okayy dlm banyak-banyak mainpoint aku bg harini, AIR is the mostest pentingsss. ayat berterabur nak bagi hang minum air ye dok?

2. Cuci muka selalu. muka kita ni dah banyak melekat debu. thats why lah kena rajin pi toilet, amik kesempatan cuci muka. boleh buang debu kat kulit muka.

3. Bawak face cream dan toner. ladies sekarang dah suka bawak bag. tak kesah beg apa, yang penting kena selitkan toner muka & cream muka. tak berat pun nak sumbat dalam beg kan. kalau rasa muka tu lain mcm, cuci dulu pastu sapu lah toner & cream. atleast melindungi kulit awk daripada debu. aku bawak mini pack je pegi skolah.

4. Wet tissue and facial tissue. yang ni tak penting sangat. in case takde toilet nak cuci muka.

5. Penutup mulut. sebenarnya aku ni perlu jugak guna penutup mulut. takut tonsilitis aku tu merebak kuman. eh boleh ke? lantaklah, dah terlambat. sekarang tengah menahan siksa tonsil.penghidap asma beware jugak.

#harap-harap jerebu ni makin kurang. taknak lah dengar sana-sini batuk. aku pun batuk sekarang. dan dan dan, i want the beautiful sunset and sunrise! not the haze.bye and take care much :)

Friday 21 June 2013

80 kilogram dan cikgu BM

hello :)

masih teringat kata-kata semangat yang cikgu BM bagi haritu, chewahh semangat gitu hokehh! sebenarnya, cikgu BM menyuntik sikit semangat untuk aku lost weight. alaaaa, fyi aku ni dah kira obese. hihi lagipun memang dari baby kut aku mmg dah obese. berat yang lebih tinggi dari BMI aku.

 
gambar sekadar contoh. daku belum mencapai tahap 130 kg lagi

apa yang boleh aku rumuskan sekarang ni, cikgu BM prefer berat aku turun kepada 80kilogram. risau kesihatan aku katanya. ehh feeling romentik pulak. okayy if im in 80s with 2 digits of weight. whoaaa, you will be amaze. ahak ahak. for now, takda jalan mudah untuk aku turun berat badan dengan drastik. stop eating oh no, i takkan korbankan masa remaja i dengan makan ala kadar. haha :'D for sure, i'll try my best!



that was my last year Raya photo. for sure baju tu sekarang sangat besar. gedabak mcm bapak. eh bapak i kecik dari aku. so, how will i look for this coming raya. well, if im there to celebrate with my Sibu familiess. kikiki SPM woooo

Thursday 20 June 2013

Kebakaran di Kampung Datu Sibu semalam.

hello dan selamat petang :)

sewaktu kita mengeluh kepanasan semalam, mengeluh badan melekit rupanya ada insan-insan yang lebih bernasib malang dari kita. Kampung Datu Sibu telah lenyap dalam satu kebakaran besar semalam. betapa sedihnya mereka-mereka yang menanggung kesusahan. sudahlah dah nak dekat bulan Ramadan. dah berapa bulan lagi menyambut Hari Raya. 100 buah rumah dan lebih kurang 1000 penduduk hilang tempat tinggal dalam sekelip mata. apa yang terjadi ni kemungkinan faktor cuaca yang sangat panas. yes, kami di Kuching pun merasa bahang panas semalam. harini pun sama. semalam bila dengar khabar berita terus fikiran melayang dekat saudara mara yang duduk kat sana. gilaaa risau, even kampung saudara aku jauh dari situ.

 

 

 
Credit ; Google

#apa-apapun diharap pihak berkuasa boleh membuat tindakan wajar untuk membantu mereka. kami di sini mendoakan keselamatan mereka.

Wednesday 19 June 2013

Leuniey Natasha hamil atau tak?

hello :)

sejak semalam lagi heboh pasal kes Leuniey Natasha, isteri pemain bola sepak mengandung. semalam ada berita yang mengatakan Leuniey sah hamil 6 minggu. tapi harini berita keluar pulak kata dia tak mengandung. actually, kes dia pasal facebook palsu Leuniey yg mengatakan Leuniey hamil 6 minggu. Leuniey sendiri mengesahkan facebook tu palsu. jadi timbulah isu kekeliruan peminat-peminat pasangan sejoli ni. samada Leuniey memang mengandung atau tidak. haishh, susah jugak hidup femes ni. facebook pun nak buat yang fake. ahh elok sangat.


Leuniey komen di IG

Leuniey Natasha pregnant




hurmm begitulah komen Leuniey di IG nya. ramai yang mengatakan Leuniey sah pregnant. apa-apapun, sbg fan pasangan ni. i doakan the very best for both of you :) *harap2 Leuniey hamil, bole tengok baby nyeeeeee.

Saturday 15 June 2013

Appreciate them. Yes we should.

hello and good morning :)

setiap pagi sebelum turun sekolah kita dibekalkan dengan sarapan yang mak buat. kalau mak aku dia siap goreng hotdog, crab meat, fishball, wedges takpun buat tuna atau egg sandwich. dalam sedap-sedap kita melahap sarapan terfikir pulak nasib kanak-kanak lain yang tidak berduit dan tidak memulakan hari mereka dengan sarapan. awal-awal lagi keluar rumah cari duit demi sesuap nasi.

apa lagi yang kita mahu? dulu aku selalu merungut dengan mak. kenapa rumah kita tak sebesar rumah orang cina kaya? kenapa rumah kita takda aircond? kenapa kita tak bawak BMW macam org lain? okay itu soalan tak matang dari aku tanpa fikir perasaan mak bapak aku waktu tu. sekarang dah besar aku sangat bersyukur. at least hari-hari aku makan nasi sampai badan gedempol tahap obese mcm ni. sebab tulah, kita perlu menghargai usaha kanak2 lain yang bersusah payah cari makanan.

 
Zhang Qianqian a young girl in Guizou City who works 12 hours a day in a brick factory

 
Rustam working in the cotton field We sleep and eat directly on the floor. They give us some bread and sugar in the morning and a meagre soup in the evening. We have to work endless hours until we harvest 80 kilograms of cotton every day!

 
Indian children working at a construction site near the Jawaharlal Nehru Stadium, Delhi

 
7-year-old Jasmine collects rubbish from a steaming rubbish heap on a cold winter morning. She earns money to support her family by scavenging for items on the Kajla rubbish dump.

 
A young laborer making metal components at a factory. Dhaka . Bangladesh

 
Jainal works in silver cooking pot factory. He is 11 years old. He has been working in this factory for three years. His work starts at 9 a.m. and ends at 6 p.m. For his work he gets 700 taka (10 USD) for a month.

#teringat kata-kata cikgu Moral yang salu menyentuh Nilai Hak Kanak-Kanak

Friday 14 June 2013

Libresse ; Sesuai untuk ladies bersaiz bambam

hello :)

Period pain. hanya perempuan yang merasa betapa sakitnya sengugut. bukan senang nak tahan sengugut. ada masa dia datang sakit teramat, sakit terlampau! kadang-kadang nak buat aktiviti pun susah. especially untuk student yang perlu stay sampai petang untuk aktiviti ko-ku. memang susah. bukan setakat sakit, kadang-kadang masalah lain pun datang waktu period. pad yang diguna tak selesa lah, tak tebal lah, takut bocor lah. haii macam-macam. *macam aku

tapi sekarang takpayah risau! sebab dah jumpa pad yang sangat-sangat double triple sesuai untuk girl yang lasak plus badan bersaiz besar. eh cakap macam aku ni lasak sangat. padahal duk rumah je. tapi, for those yang sangat2 risau bocor kan, disarankan pakai pad overnight walaupun siang hari. sebab ketebalan dan panjang pad tu membantu mengurangkan masalah bocor. no worries dan muka manyak senyummmmm!

 Harga (Rm 3.10)


 

Ya. Libresse Maxi Overnight memang sangat selesa. dan affordable. sebelum ni pernah lah guna brand lain, tapi banyak yang tak selesa bila pakai. so, Libresse Maxi Overnight ni memang direkemen kepada uolls!

Apa yang saya suka tentang Libresse Maxi Overnight;
❃ Ianya mempunya Secure Fit with DFC (Deep Flow Channels) iaitu mempercepatkan pengaliran       cecair ke dalam pad dan mengelakkannya keluar ke permukaan pad. 
❃ Soft Cottony Space - permukaan pad yang sangat lembut selembut kapasss.
❃ Selesa dipakai sebab tak terlalu tebal atau nipis. 
❃ Senang untuk dicuci

#shine you day walaupun tengah period!

Thursday 13 June 2013

#Kim Jong Kook #SpartaKook

hello :)
Running Man
 

siapa tidak tahu tentang kewujudan Running Man ini. sebut saja semua dah boleh agak apa benda running man ni. kalau korang tak tahu menahu tentang Running Man ini, rajinlah godek Google yeee.kjk sparta kook

and today, mcm yang selalu dihebohkan di radio, one of the running man athlete Kim Jong Kook will arrive Malaysia today at 4.30pm! yes Malaysia our country. peminat tegar Running Man dah tentu ready-ready tunggu di KLIA. Sparta Kook punya pasal apa pun bolehhh. ada jugak yang tak dapat nak fetch encik Komander, *macam iteww yang duk srwk yg jauh ni. hurmm tunggu update utk peminat Running Man yang menunggu jelah :)


jong kook datang malaysia

#if you wish to love and watch Running Man, tunggu depan tv sabtu ni okayy channel 393 :D

Tuesday 11 June 2013

Funny Keywords : Gambar Ayam Monster

hello silent readerrssss :)

sebagai seorang blogger, melihat traffic source sudah menjadi kebiasaan setiap kali membuka akuan blog. and me too :'D kalau dulu aku mengelarkan diri "monster" dalam kebanyakkan entry. sesiapa yang terdahulu follow blog aku memang dah tahu. sekarang teda lagi :D and you know what, today i've found an interesting keyword!


whoaa terasa mcm taiko jual ayam sabung pulak. haha :D apa yg penting, org tu dah tentu-tentu tak jumpa gambar ayam monster tu. hahahaha :'D

#korang selalu tengok traffic source korang? share lah keywords yg unik melekat dekat blog korang !

Saturday 8 June 2013

My Baby dah hidup kembali !

hello beautiful earthlings ت

My Baby? yesss syukurrr tak terhingga sebab My Baby dah hidup balik. bukan setakat hidup, tapi dah sihat dan otak My Baby pun tak diformatkan. gambar untuk dijadikan memory dlm otak My Baby tak hilang pun.

jangan salah faham okayy :) banyak nya nama My Baby dekat atas. siapa My Baby ni? bila masa pemilik belog ni sudah ber-anak? hihi jangan lah salah paham akak, tajuk tu saja nak bagi gempak sikit :'D my baby tu sebenarnya ni..


yes. my precious Acer Aspire One. harini genap 2 bulan 8 hari dia dihantar ke "klinik". buat pembedahan besar. hehe. dan harini dia dah balik rumah, dah hidu bau bilik tuan dia. rindu nya aku dengan laptop ni. sebab episod running man bigbang semua ada dlm tu, full episode hokeh!

dulu waktu guna (sebelum rosak) memang tak pentingkan langsung penjagaan laptop. guna 6 hrs lebih kurang continuously and without any cooler! gila kau bertapa panasnya my laptop. tapi tak kesah, live-streaming punya hal, takpun twittering. dulu aku tak berblogging dekat blog ni. blog yang lagi satu.

lama-lama laptop mula lagging, kadang2 reboot. pandai off sendiri. mulalah panik tak  tentu pasal. then, one day laptop langsung takboleh nak on. banyak kali cuba. guna cara ketuk-ketuk keyboard, matherboard anginkan, tukar soket, tukar charger. mcm2 teknik pun dah khatam. takut jugak nak bagitau mak. yelah hadiah PMR aku. siapa tak nervous. last2 mak tau, then hantar pegi kedai berbekalkan warranty yang tinggal 3 hari lagi. nasib baik !

acer, keyboard

mula-mula suspek motherboard yang rosak sebab overheat. rupanya tak! pekerja kedai tu cakap keyboard yang rosak. haih! boleh pulak? apa-apapun, sekarang laptop aku dah okayy. doakan aku mampu jaga dia. sebab dah takda warranty! haha :D


#terpanjang pulak entry ni haha :'D

Fresh from Pasar Basah Mukah, Sarawak

hello ت

harini aku nak share tempat kedua aku pegi waktu cuti sekolah. nak tahu tempat pertama aku lawat? boleh baca kat SINI SINI. aku tahu tempat aku lawat terletak di negeri kelahiran sendiri iaitu Sarawak. nak buat mcm mana, mak tanak bawak aku pegi jalan jauh. kau dah kenapa kan, Sabah yang sebelah Sarawak pun aku belom lawat, ini nak pergi  lagi jauh konon. haha :D

Mukah sebenarnya kampung aku. taklah dekat tengah bandar Mukah. kampung aku tu terletak di (aku taktau nak eksplain) tapi masih dalam area Mukah. next entry aku cerita okay :) boleh kira tiap tahun jugak lah aku dan femili pegi sini. kiranya a-must-go-place tiap tahun. sebab apa? sebab sebelum balik kampung, aku nak jugak merasa jadi org Mukah, baru ada feel nak balik kampung. rasanya, tempat aku menginap pun pekerja dia dah cam muka kot. 

pergi ke Mukah mestti jejak kaki di Pasar Basah, Mukah kan. kat sana memang banyak makanan fresh. for those yang kaki seafood mcm aku, ibarat heaven. sebab awal pagi lagi dah banyak bot-bot nelayan kecil datang untuk jual hasil tangkapan mereka. udang, ikan, kerang, sotong semua ada !

pasar basah mukah, mukah, sungai mukah

mukah, pasar mukah, mukah best

mukah, ikan fresh, awal pagi,market

mukah, ikan freas, segar, awal pagi

yang ini antara nelayan yang baru sampai bawak hasil tangkapan mereka. ikan tu masih hidup lompat-lompat lagi. memang Freshhhh

udang, fresh prawn, mukah

udang fresh, mukah

udang, mukah

udang fresh, mukah

udang sebesar mana kau nak pun ada. gambar  udang yang di atas tu bersaiz jumbo. bapak  aku beli dengan harga Rm 45. sekilo lebih berat dia. memang puas makan!

sayur

sayur pun ada. pelbagai jenis dan warna pulak aku tengok.

makanan unik di sarawak, ulat sagu. ulat mulong, sokot, sagu

ini ulat sagu atau ulat mulung atau sokot. makanan unik masyarakat di sarawak. tak semua org nak makan. kena ada keyakinan yang tinggi bila makan ni. 

karipap, popia

nasi lemak, kueh tiaw

dekat sebelah pasar basah tadi ada satu tempat khas untuk penjual kuih-muih. ada nasi lemak, kuih penjaram dan banyak lagi. terliur bila tengokk. oh ya umai dan kuih tradisional pun ada jugak jual sini. sayang tak sempat amik gambar