Friday, 28 February 2014

Nasi Lalapan di King Lalapan, Batu 7

hello :)

Semalam pergi lunch dekat King Lalapan di mana restoran dia dah lama bertapak dekat situ cuma belom pernah lagi pergi. Ingatkan nak tukar selera sebab salu pergi makan Singapore Chicken Rice kat sebelah restoran King Lalapan ni.

 
Nasi Lalapan Ayam 

Mesti ada yang tanya nasi lalapan tu apa kan? Nasi Lalapan ni asal dari Indonesia, kiranya resepi dari indon ya iyalah. Kalau sekali tengok macam nasi ayam penyet pun ada tapi bila rasa, tak sama macam ayam penyet, rasa rempah dia lebih kuat dan sedap. Kalau nasi ayam penyet, cuma ada ulam-ulaman dengan ayam yang dipenyetkan kan. Nasi Lalapan pulak siap ada tempe, tauhu goreng dan rempah ditabur atas ayam tu.

 
Daging ayam lembut dan rempah tu sedap sangat.

Dalam nasi tu ada tempe goreng. First time jugak sebenarnya aku makan tempe, sebab aku ingat tempe ni tak sedap. Tapi bila rasa tempe goreng lalapan ni siap rembat tempe dalam pinggan mak. Tak sangka pulak tempe ni sedap. Haha

 


 Bila tengah makan, tolong lah behave sebab sambal tu sangat sedap. Rasa nak je jilat jari tapi kena lah control depan orang. Sobs sobs. Since aku takla minat sangat ulam ni (patut muka tak lawo ekeke) so bagi aku biasa je ulam-ulaman tu. Bagi yang selera kampung tu, sesuai lah cuba nasi lalapan ni, bila makan tu rasa macam makan kat rumah. Oh ya, menu King Lalapan ni ada banyak. King Lalapan Istimewa, King Lalapan Ikan Keli/Bawal, King Lalapan Daging. Laksa Sarawak pun ada.


Restoran dia memang sangat cosy, bersih dan selesa. Nak makan guna tangan pun jangan risau, singki dia cantik dan bersih.



 

Alamat
King Lalapan Restaurant,
Greenville Park Shophouse,
7th Mile, 93250, Kuching,
Sarawak. (Opposite to 7th mile Chinesse Temple)

10 comments:

  1. makaih, tengok gambar nasi tu terus lapar.
    Dush dush!

    ReplyDelete
  2. king lalapan ikan keli pun adaa. sedapnyaaa

    ReplyDelete
  3. makan nasi ayam penyet y sedap lunch tadi..

    ReplyDelete
  4. nyaman eh! kmk pernah mkn kat batu 7 ya. tp mun di compare nok kat miri ya, miri ya ohsem lagik! manoknya besar, sambalnya bez. kat batu 7 ya manoknya kecik sikit, sambal x berapa bez kmk rasa. tiba2 nelan aek lio indah. haha

    ReplyDelete
  5. Wahhhh
    nak gakkkk nasi lalapan niiii <3333
    nyummmmmmm sedapnya laaah ehehehhe

    ReplyDelete
  6. Macam pernah dengar jark kedey towk. Kelak mewk heret gerek mewk g kedey towk. Oder makanan yang sama macam kitak. Hihi.

    ReplyDelete
  7. lapar kmk nangga gambar ya eh.. haha. tang nyaman jak rupa. hehe

    ReplyDelete

Awak yang comel. Komen elok-elok tau