rasanya hari ni gedik sangat jejari ni nak menaip banyak-banyak. yelah esok sekolah. tak boleh dah nak update segala bagai. entry kali ni saje nak share keinginan nak beli seekor lagi teman seakuarium Kuikui. Nak tau ikan apa Kuikui ni boleh lah baca entry ini. nama Kuikui tu Elize yang bagi :) setakat ni genap 2 hari dah Kuikui atas meja miss nyutt. *eh panggil miss nyutt pulak ini idea kawan haha. Kuikui ni jenis yang memang kuat makan mcm tuan dia. first day bela tu bagi 20 biji makanan semua dia lahap tak sampai 10 minit. mungkin tuan kedai tak bagi makan kot. esoknya poop uihh banyak engkauu. ekor dia takyah cerita, mmg serupa evening dress. aku yang tengok pun rasa berat je ekor dia tu. tapi aku suka ekor yang panjang. nanpak gojesh.
memandangkan akuarium yang aku beli tu bersaiz agak besar untuk kuikui, timbul pulak idea nak bela seekor lagi. ikan pelaga kan tak boleh campur, tapi takyah risau. akuarium tu ada divider dia. sebelah boleh letak kuikui, sebelah lagi letak jiran kuikui. kali ni nak ikan laga merah pulak. biar warna dia kontra :) ohhh bertambah cantik lah study table ku nanti. yeahh ! lagipun warna merah ni ada ong bak kata emak ku yang merah gincunya.
credit ; google