Wednesday, 29 May 2013

Short post :)

hello silent readers ;)

sekarang ni perayaan Gawai kan? jadi aku dan femili pi bercuti di kampung that is Mukah. so, bila blik kampung ofcourse lah kan takda line? maknanya takda internet! sad ;(

till then. see you soon readers. much love XX ♡

Saturday, 25 May 2013

Pembelian hari ni

hello silent readers :)

bersua kembali kita di arena shopping yang tidak seberapa gah ini *membuat lawak dgn harapan ada tawa riang ekekekeke. memandangkan sekarang ini cuti sekolah. tambah lagi dengan Hari Gawai di tanah kelahiranku ini, Sarawak. memang padat lah manusia di shopping2 complex. nak pegi The Spring awal-awal dah jammed, lupakan hasrat. nak pegi tempat lain lagilah jammed!

jadi dengan rasa bangga nya aku dan keluarga mengorak langkah ke Boulevard. serious, ni shopping complex ke sarang semut. apesal ramai sangat org? kau dah kenapa banyak, aku nak shopping lantaklah org banyak ke tak. ada yang sampai anak nya terkaung2 dlm stroller mintak susu, mak dia godek lambakan baju! kesiannn . hari ni saje je nak share apa yang aku beli. ekekeke. nak kenapromote jugak ke apa yang aku beli arini? kena jugakkk

 


1. Bio-essence Tri-Action aqua Boost (Starter Pack)
2. Elianto Nail Colour
3. Silky Girl Lash Prism Mascara

# Nanti-nanti aku review product-product tu okayy. tunggu dah guna nampak hasil aku review :) till then ت

Friday, 24 May 2013

Suprise & Awesome Giveaway by SN

                                                                           
MEGA GIVEAWAY 
" SUPRISE & AWESOME GIVEAWAY BY SN " 


CLICK BANNER !


PRIZES :
 Peplum Lace Kurung, Jubah Dress, CTAC bag, Tudung/shawl ,Baucer discount, top up
cash, button bagde, Sabun GLuta 3 layer, jam moustache, anak tudung bawal berwarna
keychain felt craft, brooch felt,  shiseido black mask, broochquilling bookmark, Dress Labuh,
 Blouse, keychain Domokun, etude house styling eyeliner & tomatox, Gift dari Utara ,
1 unit mug PUTIH bercetak BERNILai RM27 (Sem)/RM32 (sbh/srwk), bookmark , coklat oreo



SAYA TAG : 

Kawan kita baik ke tidak?

hello readers :)

Large

its holiday and i miss my friends. ofcourse! nanti bila cuti mintak sekolah, bila sekolah mintak cuti *sindir diri sendiri. hehe :D nak kongsi pasal kawan ni. macam mana nak tahu kita kawan dgn orang baik? semua org baik sebenarnya, mungkin ada sesuatu yg buat diorang nampak 'tak baik'. kawan ni ada banyakk jenis. ada kawan yang memang baik, kawan menumpang populariti, kawan jahat, kawan talam. kalau aku semua kriteria tu ada pada aku sendiri. bukan nak kata aku ni jahat atau baik. kita manusia. mulut tak lari dari gossip.
macam mana nak tau kawan kita baik ke tidak?

1. Kawan yang sanggup buang masa dengar masalah kita
ت sebagai kawan ini yang paling penting. mereka sentiasa ada waktu kita ada banyak masalah. waktu berkongsi masalah ni korang rasa secure sebab korang percaya dengan kawan korang. even masalah private pun dorang sanggup dengar.


2. Sentiasa bagi dorongan
ت "aku tak rasa aku boleh" mereka jawab "kau boleh, think positive" . "tak nak lah malu" mereka jawab "jangan malu, kitaorg kan ada". "aku gagal semua science subjects" mereka jawab "takpa, exam lagi kau usaha ok". dorongan boleh buat kawan lebih bersemangat dan tinggalkan benda lama. ini yang perlu dilakukan oleh kawan. aku bersyukur sangat kawan aku semua mcm tu. kalau korang takda mungkin aku lifeless.


3. Terima seadanya
ت part ni kita boleh kenal mana satu kawan kita yang sebenarnya. terima seadanya ni contoh, kawan sanggup terima diri kita seadanya. tak kisahlah kita ni gemuk, pengotor, kentut malam, tak reti masak, penakut atau apa-apa kelemahan diri kita.


4. Percaya dengan diri kita
ت walaupun apa-apa yang terjadi, kawan perlu percaya dengan diri kita. kalau kita dituduh mencuri, kawan perlu percaya kita tidak melakukan perkara itu. mereka menafikannya sebab kawan tahu dan kenal hati budi kita.


#tak semestinya yang ada dlm gambar aje kwn aku. well YOLO enjoy your friendshippppp :) peace no war 

Wednesday, 22 May 2013

Sekitar Konsert "Around The World" Mizz Nina

hello:)

Sabtu lalu merupakan konsert artis favourite i that is Mizz Nina ! *histeriaaaa .okay bukan tu aje, kemunculan Jay Park jugak menghisteriakan Jaywalkerz Malaysia *hiteria ala2 iklan zalora

Sepanjang konsert itu,Mizz Nina menyanyikan 14 buah lagu. OMG i should and must be there that day sad. Jay pulak bawak 3 lagu Around The World ft Mizz Nina dan2 lagu femesnya Girlfriend & Nothing on You. Memandangkan ketiadaan gadis comel ini di situ,jom layan gambar sekitar Konsert Around The World!

Mizz Nina & Jay Park-28

Mizz Nina & Jay Park-23
Bersama suami tercinta

Mizz Nina & Jay Park-40
Jay Park and his adorable tattoos!

Mizz Nina & Jay Park-47 

Mizz Nina & Jay Park-3

Mizz Nina & Jay Park-18

Mizz Nina & Jay Park-34

Sumber : OH BULAN!

Laksa Sarawak #1

hello silent readers :)

tetiba rasa mengidam pulok nak makan laksa sarawak. pernah makan laksa sarawak tak? serioussss sedap i tell you! bagi peminat laksa sarawak, memang laksa lah dia oder bila dah duduk di kedai makan. tapi takleh selalu sangat. sebab laksa ni kuah nya agak berlemaks kerana kuah dia berasaskan santan dah sambal laksa. dengar cakap, makcik aku yang duduk dekat Klang tu kata semenanjung sana takda sambal laksa sarawak. makcik selalu mintak anak-anak buah dia iaitu kami-kami ni eksport pi dia sana. nak makan katanyaa.

aku yang memang sedia duduk dekat Kuching, sarawak ni memang dibedal habis laksa semangkuk. tak kisah lah air tangan org melayu ke cina yang penting ada udang besar dan gempak. eh? boleh pulak? haha :D jadi dalam beberapa minggu ni aku dah rasa 2 laksa berlainan kedai. tapi kedainya non-halal lah ye.

1. Laksa Sarawwak M10 Food Court, Batu 10

 
Harga Rm 4 (kalau tak silap)

laksa ni sedapp perghh. telur, isi ayam dia banyak. kuah dia okayy tak berlemak sangat, taugeh pun masih crunchy. tapi udang nya tak berapa nak gempakkk. haha :D badan wa perlu mayak kuantiti  udang yo. 

2. Wang Fatt Lai Food Court Kota Sentosa 

Harga Rm 8

kite tau awk yang tengok telan air liur seliter kan? tengok udangnyaaa. besar tahap dewa tau. dahla banyak. sedap pulak isi udangnya. tak overcooked, udang yg overcooked kadang2 tak sedap. keras pulak isi dia. mee hoon dia agak besar. tak suka sangat. tapi overall memang puas hati ! 

ps: kalau makan laksa sarawak atau makanan yang berlemak mcm ni. eloklah oder air yang kurang manis. kalau aku, aku lebih prefer teh o ice kurang manis. 

Tuesday, 21 May 2013

Jom! Beli Baju Raya di Iprincess Boutique

hello hallu :)

memandangkan sekarang dah nak raya eh? bulan puasa pun belum lagi. even aku non-muslim. tapi aku pun sambut jugak. kita kan SATU MALAYSIA! bercakap tentang Raya. baju dah tempah ke belum? tahun ni banyak fashion yang jadi trend. fesyen paling hot sekarang ni peplum kan. cantik sungguh!

kalau masih ada yang taktau nak tempah baju dekat mana. boleh lah singgah di online boutique milik cikgu addmath aku ni. Miss Ayu . kurung pelbagai fesyen boleh jenguk kat boutique tuu. serious cantik ! nak beli tapi tak muat pulak. ni yang slim lagi gorjes bolehlah jenguk-jenguk page tu. Mana tau berkenan di hati :) banyak choice dekat situ. peplum pun available. yang tengah latest sekarang ni Kurung Raya Cotton (Edisi Raya 2013)

baju kurung raya cotton




Monday, 20 May 2013

Segmen : Blogger Pilihan Saya by ALS


hello ! akhirnyaaaa! lepas banyak sangat trouble datang lastly semua syarat sudah disempurnakan dengan lancar sekali :) 

Blogger pilihan saya ialah : 

Kenapa saya pilih Kak Irene ?
Sebab blog kak irene sangat menarik. Plus penulisannya memang superb. banyak maklumat yang kak irene selalu share especially untuk mom-to-be. Walaupun saya bukan mom-to-be tapi seronok pulak baca. kakirene pun banyak berkongsi maklumat dalam tempoh dia mengandung. produk apa yang dia pakai semasa mengandung dan persediaan barang baby dia yang akan datang tak lama lagi. (i pulak eksaited) hehe :D

Bukan macam ni caranya..

hello silent readers :)

macam yang korang tahu. semua orang nak keuntungan kan? tak kisahlah berapa kecik keuntungan tu. even org dah bagi karipap seketul pun rezeki jugak. untung jugak. tapi kalau nak dapat keuntungn tu biarlah ikhlas. biarlah dengan cara yang elok. apa yang aku maksudkan ialah ni haa.

nampak kan arrow kuning tu?

ingatkan nak blogwalking petang-petang macam ni kan. boleh lah follow blog org, derma tabung, baca entry org dengan harapan boleh buang sikit rasa bosan. tapi yang membuat amarah aku naik 10 persen, annoymous yang bernama "is" tu tempek link iklan dia deka situ.

sudah tertekan nak buat macam mana kan. tapi, rasanya tak eloklah awak buat mcm tu. atleast kalau nak suruh org klik bodek ke apa kan. haha(tips dari aku) takpun buat je entry vavavoooom biar org tertarik nak klik.ini tidak. sudah aku eksaited kemain nak BW tetiba pulakkk, adohaii.

hurmm, mcm ni lah orang. lain orang lain pe'el. kalau aku nak tambah earning sanggup tau memalukan diri asyik hantar tiket dekat pihak Nuffnang. tapi sampai sekarang pun tak masyuk lagi earning. macam mana nak dapat target ni? haaaa lepas baca entry klik iklan aku yang comel je dekat sidebar tu. okayyyy bodek haha kbye !

Sunday, 19 May 2013

2 jam setengah mana cukup

hello silent readers :)

lamanya dah tak update sejak aku mula melalui hari-hari kesedihan di depan timbunan buku psst selama 30 min je okayy. 2 jam seterusnya new lap for dream. mungkin ni salah satu cara yang tak elok untuk pelajar lain tetapi sangat elok untuk aku. tau itu apa? STUDY LAST MINUTE. no no bukan lah last minit, mungkin mula semester 2 aku akan lebih berusaha. orang cakap "otak belum panas lagi nak study" orang  cakap kat aku tau. sebenarnya entry kali ni saja nak inform pasal exam aku kali ni.

exam yang lepas aku buat sangat-sangat worse. tempoh 2 jam tu dimanfaatkan untuk buat benda tak elok. amboi mata meliar tengok kiri kanan tak bertepi. korang pun penah rasa kan duduk exam. tapi kan tapi kan, bukan nak riak, bukan nak show off. tapi exam kali ni boleh pulak TAK CUKUP MASA. aikk? rajin pulak otak sumbang idea kan? lantak lah salah ke betul. yang penting aku buat. kalau nampak blank tu jujur aku TAK CUKUP MASA! paling-paling pun exam yang memerlukan ramuan dan perasa macam Add Math, Physics, Math. mana boley 2 jam setengah je exam. haku tokan-tokan kakulator  tu dah amik berapa minit ye dak?

734153_498361633555492_1750401493_n_large

rasanya troll di atas tu sangat sesuai untuk subject Biology dan Sejarah. ampun cikgu. otak dah lama terperam. tapi aku dah berjanji *berapa kali nak janji dah berjanji nak lulus atleast gred C untuk next next net exam before SPM. ni semua berkat ceramah sikologi tutor tuition tadi. sir nak sangat tengok student dia dapat 9A+ dan automatik dapat JPA Scholarship. boleh sambung study overseas :) okayy bye :)

p/s untuk ALS : sebenarnya nak sangat your first segmen tu, tapi idk why facebook page sponsor tak boleh like :( dah berkali-kali cuba.

Monday, 13 May 2013

The Top 5 Hottest Malaysian Celebrities Mummy !

Untung anak artis ada mom yang superb! gorjes! awesome! fashion icon! cantik! sizzling! (i love my mom more) hehe :D tapi, paling aku adore adore sangat sangat yeah of coursee the cute Nora Danish :) jom tengok the top 5 hot mummy !

1. Mummy to Rayqal (Nora Danish)

2. Mummy to Danielle (Belinda Chee)

3. Mummy to Ashton (Amber Chia)

4. Mummy to Leia (Marion Caunter)

5. Mummy to Isobel and Iman (Daphne Iking)

Mak I love you !

hello silent readers :)

just wanna say Happy Belated Mother's Day for my mom and mak-mak sedunia. well, bukan semalam je mother's day tau. hari-hari. walaupun mak aku ni jenis yang serious 24 jam, tapi bila part dia tak serious memang besttt. you feel like you mom is your BESTFRIEND.


terima kasih mak sebab masak sedap-sedap(wlaupun dlm gamba mkn kat luar). terima kasih dah besarkan anakmu ini sampai obese. terima kasih dah bagi duit belanja. terima kasih dah bagi ajaran secukupnya. terima kasih lahirkan anakmu ini. terima kasihhhhhhh makkkkk

 i love you mom :*

bapak too :)) 

Saturday, 11 May 2013

Samsung NX300 ; Ohsemm Camera !

hello silent readers :)


what's up there? gempak kannnn!

yes. that is the ohsemm Samsung NX300. second samsung smart-camera if i'm not mistaken. the one before is Samsung Galaxy Camera. woww looks like samsung will be the top brand among the others ! 

SAMSUNG NX300 Combines Speed, Performance and Connectivity for Perfect Shooting in Every Moment 



OLYMPUS DIGITAL CAMERA 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Samsung NX300



see? how great ! siap ada Wi-Fi tau. sesuai sangat untuk yang camwhore atau selca lepas tu upload dlm social network. bak kata moto nya combines speed, performences, connectivity for perfect shooting in every moment memang puas hati lah sang pemiliknya. menurut apa yang aku google dari petang tadi, harga di Malaysia ialah Rm 2699 (body & kit sahaja).

padahal baru entry yang lepas mulut besar hati kuman aku cakap nak beli Canon EOS 60D. alamakk curangnya aku dengan canon. well, mana yang harga jatuh dulu baru aku grab. yang murah diutamakan wewewe :D

Target tahun ini. Dapatkah?

hello silent readers :)

hari ni nak kongsi something yang aku dah lama target. mungkin benda ni banyak org dah ada. tpi makcik jakun seekor ni belom ada. ngih ngihhh :D takpa takpa, sebab aku lebih suka beli barang guna duit sendiri. bukan nak riak okay. untuk lebih spesifik, duit yang diberi oleh makbapak dan dikumpul oleh aku. jadi duit tu kira masih duit mak bapak aku. bukan duit aku. lain lah kan kalau Nuffnang sudi up kan duit aku. hehehe

memandangkan aku ni tiap tahun kumpul duit untuk beli benda yang aku target. so, duit yang aku kumpul untuk tahun ni aku nak beli Canon EOS 60D. wewewe bersorak gembira. eleh padahal duit kumpul 5 bulan baru seciput . kadang-kadang bila beli brg guna duit sendiri tu lebih bernilai. include brg yg diberi oleh orang-orang tersayang. jaga punyalah mcm jaga anak umur setahun. it worth much. some said that im a hoarders. well, no.

and here my precious one...

 

masa depan :


rasa nak fengsan tau tengok -.-

money money please come to me money money every day come to me. 

Tuesday, 7 May 2013

Bawak mata ngantuk pegi library

hello silent readers :)

dah lama tak update blog ni *pala hotak kau lama* rasanya semua student dah tau kan kenapa aku jarang nk komen, bw, dan update. sekarang ni dah nak sampai penghujung semester 1. eh sem 2 kau dah ready trish? sila jawab dengan penuh keyakinan.

seriously masih tak ready. kihkihkih. ok tak sepatutnya gelak disitu -.- memandangkan esok Rabu esok 7 Mei esok exam esok mula Kertas BM maka aku pun dengan penuh kerajinan membawa beban di selaput mata mengusung beg galas & buku2 untuk ke town library. ahahaha :') mak ni tau tau je kalau aku balik rumah confem nak bukak laptop. tapi dengan cara cengini je aku boleh belajar :')

 

demi taknak memalukan mak & dengar bebelan mak bila dah dapat buku repot. sanggup tau ber-air-cond sejuk nak mampus dalam library. *bila panas merungut, bila sejuk merungut* fitrah manusia. ahak ahak ckg sara, doakan karangan makcik ini tak keluar tajuk lagi mcm hari tu.

 

mula dah mata buat perangai. bila dah bosan sangat-sangat mula lah pegi toilet 2-3 kali cermin diri ala-ala cinderela. cari buku yang penuh dgn trail, konflik dan baca. and lastly ...

baca ni tak bosan pulak kan? 

NotaJariManis #cant wait for holidayyyy :')

Saturday, 4 May 2013

10 Gambar Majlis Nikah Jehan Miskin


Tahniah diucapkan buat Jehan Miskin & Julie Camelia Rhee. 
Semoga kekal bahagiaaaaaa.

Jom layan 10 gambar majlis akad nikah yg diadakan siang tadi di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur. Comel lah awek Korea milik Jehan ni :)

ROTIKAYA_153 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Jehan Miskin & Julie Camelia Rhee - ROTIKAYA 

ROTIKAYA_143 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Jehan Miskin & Julie Camelia Rhee - ROTIKAYA 

ROTIKAYA_133 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Jehan Miskin & Julie Camelia Rhee - ROTIKAYA

ROTIKAYA_134 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Jehan Miskin & Julie Camelia Rhee - ROTIKAYA 

ROTIKAYA_138 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Jehan Miskin & Julie Camelia Rhee - ROTIKAYA

ROTIKAYA_139 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Jehan Miskin & Julie Camelia Rhee - ROTIKAYA 

ROTIKAYA_118 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Jehan Miskin & Julie Camelia Rhee - ROTIKAYA 

ROTIKAYA_109 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Jehan Miskin & Julie Camelia Rhee - ROTIKAYA 


ROTIKAYA_150 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Jehan Miskin & Julie Camelia Rhee - ROTIKAYA 

ROTIKAYA_112 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Jehan Miskin & Julie Camelia Rhee - ROTIKAYA 

gembira nya muka Jehan. hehe . Tahniah sekali lagii:)