Friday 24 January 2014

Apa itu UPKIPT ?

Hello :)

Ingat lagi tak post yang aku publish baru-baru ni yang mengatakan aku dapat surat tawaran UPKIPT tu? Okay, post yang ini. Lepas sehari aku post entry tu, banyak keyword "UPKIPT" yang singgah dekat blog aku. Terus baca dan scroll ini penting. See?

 

Jadi, wujud jugak kemusykilan dalam otak aku. kenapa banyak sangat kan? Ini baru this week punya keywords, last week punya pun lebih kurang banyak ni. Lagipun, lepas aku dapat surat tawaran tu, aku pun google lah apa UPKIPT ni sebab tak pernah dengar then rasanya tak pernah kot lah kot aku apply masa pegi Karnival Jom Masuk U dulu. Hasil google memang tarak apa lah yang ada pasal UPKIPT ni masa tu. Mungkin sebab tu semua yang dapat tawaran ni google dan hanya blog aku je yang ada keyword tentang UKIPT ni. Dan, korang tak rasa pelik ke? Kenapa ya UPKIPT ni takda dalam enjin carian google? Macam tak wujud je ye tak?

Dan lepas aku check je keywords dekat account nuffnang aku, aku terus google balik UPKIPT. Dan baru harini jugak aku nampak ada beberapa maklumat tentang UPKIPT ni. Tapi maklumat tu agak mengecewakan. Sebab hasil daripada carian aku, UPKIPT ni merupakan SCAM.

Dan ini hasil google aku;


Ini ialah notis pemberitahuan drpd portal rasmi KPM (Klik sini)


Ini feedback org ramai (Baca sini)

Ini komen dekat post aku tentang surat tawaran UPKIPT haritu


Dan boleh baca dekat sini jugak (Klik sini)

Sebelum tarikh temuduga tu pun aku banyak kali call nombor yang ada dalam surat tu. Dan paling mengejutkan call aku tak dijawab dan nombor yang lagi satu tiada dalam perkhidmatan. Jadi nak taknak malas lah kan nak layan org yang taknak layan kita. Nasib baik pagi sabtu tu tak pergi atas dasar malas.

Jadi konklusinya, untuk kawan-kawan yang dapat surat tawaran tu yang ada kena mengena dengan UPKIPT tu, sila fikir dua tiga empat kali ya. Bukan tak bagi suruh pergi cuma better was-was sikit :) Takpa, jom sama-sama beli pin UPU dan apply okay :) Lagi mendatangkan kebaikan.

4 comments:

  1. Owh, baruk mewk tawuk. Dolok mewk slalu kena berik surat oleh cdak segi. Tapi mewk rasa ya ada wujud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEGI College memang wujud pun, so bleh lah percaya sikit hoo :)

      Delete
  2. masa akak habis sekolah dulu, selalu sangat dapat surat macam ni dan ada yang siap datang ke rumah. tapi tak layan pun. so, mmg kena hati2 la kalau terima apa2 surat tawaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, ramai jugak yang kena. ada yang call beratus kali. lepasni kena hati2 nampaknya :)

      Delete

Awak yang comel. Komen elok-elok tau