Sunday 26 January 2014

Daiso Japan | Everything RM 5!

Hello dan selamat berhujung minggu :)

Pernah dengar tak apa itu Daiso Japan? Okayy aku pun tak pernah kenal pun apa Daiso Japan ni sebenarnya. Selepas kejadian memalukan semalam, baru aku tahu apa itu Daiso Japan.

Nak dijadikan cerita, semalam alkisahnya, aku pergi Boulevard, Kuching. Hasrat mula-mula nak beli novel dan jumpa kawan yang kerja dekat area situ. Menghayun kaki terus sampai satu kedai yang sangat menarik perhatian dekat new wing sebab tema kedai tu warna purple berjalur. Aku pun jakun sgt kan nampak je perkataan Japan terus teringat benda comel, kawaaii. Rupanya kedai serbaneka (eh yeke). Mindset aku terus cari skipping rope sebab dari minggu lepas nak berskipping haha. Bila dah jumpa tu jenuh aku cari mana pricetag dia kann. Jumpa lah akak yang pakai uniform dekat rak sebelah. Terus tanya "excuse me miss, how much?" dengan muka kelat dan tahan gelak dia jawab aku "miss, everything here is rm5"  

 

Alahaii, sudah la jakun tak reti baca pulak kan. Hahaha :D first time gak nampak kedai yang seragam je harga dia, rm 5. So, takpayah lah susah-susah nak pegi price checker check harga kan? sebab semua rm5. Berbaloii! Banyak barang yang ada dekat situ, aksesori, perkakas dapur, container, aksesori kereta dan baju kucing dan anjing pun ada! 

 

 



Apa yang aku suka tentang kedai ni, lantai dia superb bersih, barang-barang yang disusun pun kemas je. Senang nak cari. Pekerja dia semua beruniform which is menyenangkan customer nak differentiate pekerja dan pelanggan. Dan yang paling penting, takpayah tanda harga okay, sendiri tahu.



Di mana Daiso Japan di Kuching?
Daiso Japan, Boulevard Shopping Mall,
Round Atrium, New Wing.

7 comments:

  1. Daiso memang best.kalau pergi jadi rambang mata.suka beli barangan japan kan....nak2 black mask he rm5 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kak. aigoo rasa nak je sumbat semua barang dalam bakul. hehe

      Delete
  2. Bestnya.. Miri belom ada gik Daiso tok -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sik lamak gik ada nya. netauk tahun tok ada? hehe

      Delete
  3. Gi Daiso beli satu menda je... black mask dia. hurmmm... stock plak dah abis. kat Kota Kinabalu dulu Daiso ada kat Centre Point, Sabah. Skrg dah berpindah ke Suria Sabah. Selain tu ada jugak Daiso kat 1Borneo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya haritu pergi tak jumpa pun mana black mask. hehe takpa lain kali nak cari black mask pulak :D

      Delete
  4. Ai..bok tauk ada bnda tok eh..bru ka? Lamak juak asa sik pg boulevard since ada summer mall sbb dkt gilak ngn kampus. Mihmihmih harus pg tok. Murah gilak ya.

    ReplyDelete

Awak yang comel. Komen elok-elok tau