Wednesday, 3 July 2013

Takda date dengan Teduhan Kasih lagi

helloo peace!

mesti semalam dah tengok kan Episod Akhir Teduhan Kasih. Miss Nyutt pun sama. tanak kasi emak remote sebab dia mesti alih channel Masterchef Australia dia tu :D sebenarnya, elok lah jugak Teduhan Kasih tu habis sebab aku ni kalau dah addicted dengan satu cerita tu, memang tak ingat dunia. selama episod Teduhan Kasih tu kan, selama tu jugak lah aku dah tak lipat baju dan iron baju. semua buat tengah2 malam. esok pagi mata memang tanak cooperate. sampaikan emak bagi amaran nak siram air. *pernah hampir siram dulu :D

selama episod Teduhan Kasih tu jugaklah aku skip kelas erobik dan zumba dekat balai raya. hurm elok sangat. kata nak kurus. skip jugak kelas erobik. kelas erobik mula pukul 7, Teduhan Kasih pun mula pukul 7, memang mintak maaf jelah dekat kelas erobik. hati ni lebih memilih Adi Putra kahkahkah.

dan selama episod Teduhan Kasih tu jugaklah aku menambah dosa. nak tau kenapa? sebab mulut ni ringan sangat mengata maki hamun Ayu dengan Along tu. salute dekat Zarina Zainuddin & Nabila Huda watak tu berkesan tau! menyirap darah tengok.

tahniah untuk barisan pelakon Teduhan Kasih yang memang wow! menusuk kalbu tau :D
sekarang ni dah ada cerita baru. "Demi Dia". lakonan Elfira Loy dan Zoey. harap-harap lakonan dan jalan cerita dia segempak Teduhan Kasih :D ohh jangan lupa tau Episod Akhir Sebenarnya Saya Isteri Dia =)

3 comments:

  1. cik akak pon nga juak episod last semalam..hahaha...
    ya pon nga episod ya jak..hahaha....

    ReplyDelete
  2. xda mek follow crita tok
    tp pelakonnya semua bez2

    ReplyDelete
  3. Owh, Demi dia towk ganti Teduhan Kasih paduhal..

    ReplyDelete

Awak yang comel. Komen elok-elok tau