penjagaan rambut? sejak bila cha mula minat petua2 ni? haha :D okay semenjak rambut saya dah rosak, dah gugur, dah tak lembut, dah tak gorjes, dah tak ohsem macam dulu *yerkkk? ade ke rambut aku menempuhi zaman keohseman?* eh who caresss. *flips hair*
tahu tak orang-orang yang berambut gorjes tu sangat rajin? why ? sebab bila saya google petua dan cara2 utk penjagaan rambut ni speecless in seconds. what the heck nak buat semua tu? padahal saya di sini cuma syampu, sikat, letak serum and done. okay, let me stick di sini beberapa petua yang dijumpai dan yang perlu makcik chaca ikut dan turuti.
- Bangun pagi tengok cermin kan, jangan terus sikat rambut! leraikan rambut yang degil nak lurus tu dengan jari-jemari anda yang comel
- Bagi yang berambut panjang jangan lupa buat treatment ya. paling-paling pun sebulan sekali
- Guna serum atau perapi (leave-on) hanya pada bahagian atas dan hujung rambut. fokus tempat tersebut ye akak-akak
- Jangan guna selalu sangat guna hair dryer ataupun alat hair curler. panas tau tak! rambut korang nangis2 mintak ais. *tak sedar diri yang selalu guna hair curler sebab nak rasa diva*
- Santan boleh membantu meluruskan rambut. Parut kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campur santan dgn perahan air limau nipis dan simpan dalam peti sejuk. Guna sebagai krim rambut. Sapu pada rambut, kemudian cuci
- Daun bunga raya untuk elak rambut gugur. (petua yang digunakan jiran sebelah rumah. anak2 dia wow rambut memang gorjes! berterima kasihlah kepada pokok bunga raya atok aku. hihi) Ambil daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh sehingga bersih dan kisar. Perap ramuan di atas kepala. Amalkan dua kali seminggu
- Nak rambut cepat panjang, rajin2 lah pegi trim dekat salon. *bab ni palinggggg malasssss, poket i ketat* sebab tu rambut tumbuh beberapa sentimeter je dalam setahun *sila simpati*
so, korang rajin2 lah jaga rambut okay. jangan contohi mak cik di bawah ni .
rambut tu aku simpan dalam setahun tau. masih jugak panjang tu :(