Sunday 23 February 2014

Pengalaman Ambil Lesen : Part 2 (Belajar Memandu)

hello :)

Eh lambatnya nak cerita Part 2 kan. Entry ni sambungan daripada Part 1. Dalam entry Part 1 aku ada inform kan lepas beberapa minggu menghadiri Krusus Pra L, Lesen L dah jadi milik kita. Siapa yang taktau Lesen L ni apa? Dulu aku taktau beza lesen L dan P, aku mind set lesen L untuk lelaki dan lesen P untuk perempuan. sobs sobs. Jadi eloklah aku bagitau awal beza lesen L dan lesen P ni. Lesen L bagi kereta ialah lesen di mana pemandu hanya boleh memandu sekali dengan instructor dan lesen P ialah lesen percubaan untuk 2 tahun selepas lulus ujian JPJ.

Untuk proses belajar memandu, biasanya latihan memandu ni 8 jam. Tapi takla berterusan 8 jam. Kalau macam aku, seminggu tu aku turan sekolah memandu 2 kali untuk belajar on-the-road dan litar. First time pegang stering tu rasa macam ada satu power superwoman pulak. haha tak pulak takut tapi over ekcited.



Kisah on-the-road. Ada 2 pilihan laluan yang diberikan. Laluan A dan Laluan B. Dalam kes ni, aku sangat tak suka Laluan B sebab ada bulatan dan area lampu isyarat nak masuk belah kanan tu jalan dia sempit. Pernah jugak satu hari aku drive hampir nak langgar lori, sebab jalan tu sempit nak nak lagi kena belok kanan. Jadi, doakan aku bila test nanti dapat lah Laluan A.

Kisah dalam litar. Semua pun tahu, untuk litar kita perlu mahir dalam 3 teknik. Teknik Tiga Penjuru(3 point turning), Bukit dan Parking(Side Parking). dalam ketiga-tiga teknik tu ramai org cakap bukit susah sebab kena pastikan tayar betul-betul dalam kotak kuning. Bagi aku, bukit okay daripada 3 point turning. Sebab 3 point turning ni kena pastikan 3 pergerakan je, enjin takboleh mati dan takboleh langgar garisan kuning. Jadi 3p turning ni lebih mencabar bagi aku.


Okay, selesai Part 2. Jadi untuk Part 3 yang mengerunkan giteww kena tunggu lepas 24 haribulan ni nanti. Iaitu esok. Ya esok aku duduk test JPJ. Doakan aku dapat abang JPJ yang molek joo. Alamak, nervousnya! Semoga dapat Laluan A untuk on-the-road dan lulus ketiga-tiga teknik dalam litar tu. *berikan kuasa ajaib doraemon*

Publish!

13 comments:

  1. all the best ! :D drive elok elok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih puteri. harap -harap esok tak nervous hehe

      Delete
  2. bestnya hm qila tak gi lagi ni ughhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qila bila lagi nak pegi ni? selesaikan cepat-cepat hehe

      Delete
  3. kmk dolok 3 point turn ya lah fav kmk.. hehe..
    all the best okay! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe agak susah juak 3 point turning ya hehe . btw, thankyouu :)

      Delete
  4. Good luck untuk esok..
    Ps: maksud chaca dekat comment on entry 'redeem whohaa' tu, dah pm sponsor, tapi belum ada respond tu, untuk 1st Mini GA ka?. kalau ada apa2 problem, sila pm shad kat fb ya, leh kita sembang2 panjang.. https://www.facebook.com/Shadhira91

    ReplyDelete
  5. all the best
    singgah n follow back

    ReplyDelete
  6. ..u can do it..go go power ranger..:D

    ReplyDelete
  7. yah bez eh..dah pandei drive dah nya ya

    ReplyDelete
  8. Semoga berjaya sis. Ada masa mewk numpang keta kitak. Hahaha.

    ReplyDelete
  9. Mok nanyak...mun instructor ya sapa???mun driving pake lesen LL

    ReplyDelete
  10. Mok nanyak...mun instructor ya sapa???mun driving pake lesen LL

    ReplyDelete

Awak yang comel. Komen elok-elok tau