Tuesday 18 February 2014

Slot Akasia | Jika Itu Takdirku

hello :)
Jika Itu Takdirku, slot akasia terbaru 2014, menggantikan ariana rose

Semalam merupakan tayangan pertama untuk slot akasia terbaru iaitu 'Jika Itu Takdirku' selepas Drama Ariana Rose yang diadaptasi daripada novel The Wedding Breaker menerima sambutan hangat daripada peminat setia novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose itu sendiri. 

Barisan pelakon drama bersiri 'Jika Itu Takdirku' :
Intan Ladyana (Seri Umairah), Shah Iskandar (Hakimi), Shukri Yahaya (Azri), Nina Iskandar (Qistina), Arash Mohd (Dr Hamza) dan Jasmin Hamid.

Sinopsis :
Walaupun Hakimi tidak mempunyai sebarang ingatan tentang Umairah, namun dia telah jatuh cinta dan bertindak untuk melamarnya sebagai isteri. Dr Hamza dan isterinya, Puan Zainah menerima baik lamaran Hakimi. Umairah bingung dengan tindakan Hakimi kerana hakikatnya mereka berdua mempunyai kisah silam yang telah meninggalkan sejarah hitam dalam hidup Umairah. Umairah tidak pasti jika Hakimi hanya mahu mempermainkannya atau mempunyai muslihat lain. Kisah silam itu juga telah menyebabkan Umairah menjadi seorang yang pendiam dan pintu hatinya sukar terbuka untuk mempercayai cinta lagi.

Akhirnya, Umairah bersetuju kerana dia masih menyayangi Hakimi dan mereka telah ditakdirkan bersama selepas musibah yang terjadi pada 7 tahun lepas. Umairah sering terganggu dengan kenangan pahit dan menjauhkan diri daripada Hakimi. Hakimi tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Umairah dan memberi ruang kepada Umairah untuk menyesuaikan diri dan mencintainya seperti pasangan suami isterinya.
Hakimi terserempak dengan Azri (Shukri Yahaya), seorang kawan lama yang cuba memberitahu hubungan Hakimi dan Umairah pada masa lalu. Hakimi bertanya kepada Umairah. Umairah enggan memberikan sebarang jawapan sehingga Hakimi mula menggeledah barang-barang lama Umairah. Umairah bengang dengan tindakan Hakimi dan dia telah bertindak keluar dari rumah apabila Hakimi memaksanya menceritakan hal yang sebenar.
Hakimi merayu supaya Umairah memaafkannya dan memberikan peluang untuk menebus kembali penderitaan yang dialami oleh Umairah. Hakimi juga meminta bantuan Umairah supaya mengingatkan kisah silam mereka dan memulakan hidup baharu dengannya. Umairah terlalu takut untuk berterus terang kerana bimbang Hakimi akan berubah fikiran selepas mengetahui hal yang sebenar. Selepas melihat kesungguhan Hakimi, akhirnya Umairah mengalah dan bersetuju untuk memulakan hidup baharu bersama-sama Hakimi.
Selepas 2 bulan, Hakimi gembira apabila Umairah telah mengandung. Bekas teman wanita Hakimi, Qistina (Nina Iskandar) kembali menagih cinta dan berusaha untuk memerangkap Hakimi. Kali ini, hati Umairah dilukai lagi dan dia menjadi pasrah dengan Hakimi yang kembali dengan perangai lama yang suka berpoya-poya. Masih ada peluang buat Hakimi dan Umairah? [Sumber]
Jika Itu Takdirku - Slot Akasia TV3 (2014)
# Drama 'Jika Itu Takdirku agak berbeza sedikit daripada slot akasia yang lalu kerana drama ini bukan adaptasi novel. Kaki novel, takpayah nak selongkar satu kedai buku tau cari. Hehe. Pada pendapat aku, untuk episod pertama jalan ceritanya agak bagus dan tak sabar nak tengok episod seterusnya. Tengok tau pukul 7 malam ni!
Publish!

4 comments:

  1. sik dapat tengok drama tok. sampe2 rumah jak dah pukul 8. huhu. dgr lagu endingnya jak mampu. sobs

    ReplyDelete
  2. dah lama tak layan akasia. wuwuwuwuw.

    ReplyDelete
  3. kurang minat kmk ngan shah. asal nangga nya alu teringat kes nya dgn kakak anzalna ya. dari segi lakonan, masih kureng. sama kedak keith foo, lakonan x menusuk kalbu. intan ladyana n fathia ok berlakon. hmmm...mun diganti dgn pelakon azlee khairi ok kali. hahhaa...

    ReplyDelete
  4. Sik dapat kamek nangga sebab sikda tb ctowk. Rugi2.

    ReplyDelete

Awak yang comel. Komen elok-elok tau