Thursday 13 February 2014

Novel One Day You'll Be Mine - Inawza Yusof

hello :)

Lepas selesai je baca Novel The Wedding Breaker, aku mulakan lagi hobi yang satu ni dengan novel yang hot di review sekarang, Novel One Day You'll Be Mine karya Inawza Yusof. Novel ini diterbitkan oleh Karya Seni dimana novel nya menjadi pilihan aku sekarang. Lepas ni nak gigihkan lagi usaha mencari novel yang baru. Dan ada lagi novel yang aku masih belom berkesempatan nak review. Jom tengok apa yang best dan tak best novel  ni.

novel one day you'll be mine inawza yusof, inawza yusof blog, karya seni, ODYBM 
Harga : Rm33/Rm36 

Sinopsis belakang buku:
Dia seorang gadis yang hidup bukan hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna!

Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia akan meneruskan kehidupan yang telah diaturkan oleh keluarganya dan juga keluarga Dzul Ehsan.

"Kau pekak ek?"
"Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I'm not deaf. Thank you for asking."
"Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?"
"Okay, but stay away from my stuff and get your own TV."

Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya... ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu!

"Jangan cari pasal dengan aku awal pagi macam ni, boleh tak?"
"Jadi aku patut tunggu tengah hari atau malam sebelum cari pasal dengan kau? Is that what you're suggesting?"
"Pergi mampus"
"Terima kasih, I love you too."
Arghhh!!! Dia memang sengaja mahu menyakitkan hati aku.

Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya. Adakah ini tandanya...Dzul Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya, iaitu Nik Afezal? Oh sesungguhnya, dia harus bijak memilih! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir,

"Kenapa kau nak kahwin dengan orang yang menyusahkan?"
"Mudah...sebab aku sayang kau."

********************************
Review:
Honestly, novel jalan cerita novel ni sangat dramatik dan menarik. Mula-mula baca tu memang best dan rasa tak sabar nak selak muka surat seterusnya. Bila dah wujudnya watak Nik Afezal, kehidupan heroin bertukar jadi cacamarba. Siapa tak cacamarba bila setiap pagi ada jambangan bunga atas hood kereta kan? 

Perwatakan Anith Fitriah atau Fitri ni boleh buat naik darah dengan kedegilan dia tu, dan tindakan Fitri menerima balik Nik Afezal sangat lah tak masuk akal atau bahasa kasarnya bodoh. Yelah, lepas 3 tahun menghilang baru muncul dan bila ditanya sebab kenapa menghilangkan diri, jawapan dia "kerana harta". Kalau korang, korang masih terima Nik? Jadi disini aku nak tegaskan watak Fitri ni memang mencabar keimanan aku. Sebaliknya pula dengan watak Dzul Ehsan yang sangat cool dan selamba tetapi ego yang tinggi. Lepas semua kebenaran dibongkarkan oleh Mega Ariyana, aku tabik sangat dengan tindakan mulia Ehsan. Masih adakah manusia macam tu zaman sekarang? Tahniah penulis, watak Ehsan sangat bagus.

Apa yang aku suka sangat tentang novel ini ialah nilai kekeluargaan yang erat. Mungkin nilai ni tak nampak sangat di antara Ehsan dan keluarganya tetapi tidak untuk mama Ehsan dan Aya. Selepas semua kebenaran terbongkar, mama Ehsan masih menerima diri Aya sebagai cucunya. Terharu tauu part ni. Ending novel ODYBM sangat best sebab pilihan yang Fitri buat sama sengan pilihan aku dari awal-awal cerita ni. 

Tahniah sekali lagi untuk penulis Inawza Yusof yang sangat gigih menghabiskan novel yang sangat tebal ini. Cuma, nak tanya? macam mana penulis boleh dapat idea dengan kedegilan Fitri ni ya? Sungguh watak Fitri memang mencabar keimanan. Haha. Diharapkan penulis boleh meneruskan lagi penulisan lepas ni . Dan elakkan watak degil Fitri tu hehe. Rating untuk novel ini 8/10


# Maaf review ni panjang sangat sebab novel nye pun tebal.

4 comments:

  1. Macam best jak.. Mesti baca novel tok klak ;D hee

    ReplyDelete
  2. Rajinnya kitak baca novel. Hihi.

    ReplyDelete
  3. Aww terima kasih untuk review ni ^^
    Terima kasih juga sebab sudi baca Encik Ehsan.

    Saya masukkan link kat blog ya?

    ReplyDelete

Awak yang comel. Komen elok-elok tau