Wednesday, 29 January 2014

#WordlessWednesday ; Know your cats

Hello :)

 

Siapa ada kucing? Hehehehe
Kucing pun ada perasaan macam kita.
Nak kawan, nak marah pun kucing tau.
Kucing aku ekor nya semua kontot macam ibu jari manusia. 
Susah nak agak bahasa ekor dorang. Hehe

So, your cats say what?

Monday, 27 January 2014

Novel Kau Marah Aku Suka - Fatin Nabila

Hello :)

Aku dan novel sememangnya tak boleh berpisah. Nama pun budak lepasan kan, takda kerja cari novel nak luangkan masa lapang hehe. Kali ni nak review pulak novel terbitan Grupbuku Karangkraf yang aku dah habis baca lama dah tapi lupa nak review. Novel Kau Marah Aku Suka karya Fatin Nabila

novel kau marah aku suka 

Comel je kan kulit novel ni hehehe sesuai untuk mood org remaja masa kini. Amboi ayat kemain. 

novel kau marah aku suka 

Sinopsis belakang buku;
Dian Qarmila dan Iskandar memang tidak serasi. Iskandar seolah-olah cili padi pada Dian. Bertembung saja dengan Iskandar, dia akan kepedasan. Pedihnya yang meresap hingga ke ulu hati. Bencinya Dian pada "Encik Beruang" yang penuh berlagak itu. Perang mulut antara mereka tidak pernah putus.

Namun, ada suatu rasa di hati Iskandar. Makin Dian marah, makin dia sukaa. Malah makin merindu pula. Inikah dinamakan cinta? Opps...mana boleh? "Cik Singa" ini mana kenal erti cinta. Lagi haru kalau dia meluahkan perasaan itu. Apa-apa pun dia perlu juga menyatakan hasrat hati kepada gadis itu. Dia perlu melamar Dian. Mana tahu selepas berkahwin nanti, Dian akan jadi lembut.

Sebenarnya dalam diam, Dian turut merindui lelaki itu. Ah, takut berterus terang! Anehnya, mengapa Iskandar kian bertandang di ingatan? Siapa yang gila sebetulnya? Lama juga dia hendak memberi jawapan. Tekadnya mahu kahwin tanpa cinta. Padanya, itu lebih baik dan penuh berkat.

--------------------------------------

Haiih bila baca novel ni rasa geram pun ada dekat Dian Qarmila ni. Orang nak dia, dia pulak lari. Dian seorang gadis yang kental dan ego. Dan juga degil, hati batu. Dian bersikap sebegitu sebab kisah lampau dia. Kisah lampau apa?
Iskandar ni pulak seorang yang soft-spoken aje. Sudah lah terpaksa bersabar bila Dian meletakkan petai di dalam beg kerja nya yang dibawa masuk dalam bilik mesyuarat. Part ini memang kelakar gilaa! Rasanya kalau aku lah di tempat Iskandar haih mau pengsan sebab malu!
Novel ini bukan berkisarkan cinta 'Cik Singa dan Encik Beruang' je, tapi ada satu rahsia besar di antara ayah Redza dan Dian Qarmila. Rahsia apa? Perempuan simpanan? Redza ialah suami kepada Sara teman baik Dian. Dan Redza ialah teman baik Iskandar si Encik Beruang. Ending novel, mesti semua boleh agak kan? Hehehehe

Hmm, banyak rahsia ya novel ni? hehehe nak tahu apa rahsia itu sudi-sudilah baca novel ni. Bagi aku novel ini tak bosan langsung. Rasa nak gelak, rasa nak tumbuk si Dian, rasa cincang kepala Danea dan Maria. Semua perasaan bercampur baur bila baca novel ini. Rating yang aku bagi untuk novel ini 9/10 =) Syabas buat penulis, Fatin Nabila.

Harga novel : Rm26(SM), Rm29(SS)

Barisan Pemenang Anugerah Juara Lagu 28

Hello :)

pemenang ajl28,

Beberapa minit lepas tamat sudah konsert Anugerah Juara Lagu yang ke 28. Dan keputusan sudah pun diumumkan.

Juara : 
Bahagiamu Deritaku - Hafiz
(Rm 35,000 & Trofi)

Naib Juara :
Hanya Aku - Hyper Act
(Rm 15,000 & Trofi)

Tempat Ketiga :
Kalau Aku Kaya - Awi Rafael dan Altimet
(Rm 12,000 & Trofi)

Anugerah Persembahan Terbaik :
Bahagiamu Deritaku - Hafiz
(Rm 10,000 & Trofi)

Anugerah Vokal Terbaik :
Ikut Rentakku - Jaclyn Victor
(Rm 10,000 & Trofi)

Anugerah Juara Mobile :
Bahagiamu Deritaku - Hafiz

rotikaya, hafiz suip, hafiz af hensem


Sudah pasti fans Hafiz gigit buku takpun melompat kegirangan kan sekarang? Ini sangat menggambarkan keadaan aku sekarang. Apa tidaknya, AJL25, AJL26 dan AJL27 sudah menjadi milik Hafiz dan double happy bila AJL28, Hafiz sekali lagi dinobatkan juara. Satu malam gondolkan sekali 3 trofi! Hebat Hafiz hebatt, anak sarawak! 

Buat artis yang menang dan tidak menang, tahniah juga diucapkan. Jumpa lagi di AJL tahun baru :)

Sunday, 26 January 2014

Daiso Japan | Everything RM 5!

Hello dan selamat berhujung minggu :)

Pernah dengar tak apa itu Daiso Japan? Okayy aku pun tak pernah kenal pun apa Daiso Japan ni sebenarnya. Selepas kejadian memalukan semalam, baru aku tahu apa itu Daiso Japan.

Nak dijadikan cerita, semalam alkisahnya, aku pergi Boulevard, Kuching. Hasrat mula-mula nak beli novel dan jumpa kawan yang kerja dekat area situ. Menghayun kaki terus sampai satu kedai yang sangat menarik perhatian dekat new wing sebab tema kedai tu warna purple berjalur. Aku pun jakun sgt kan nampak je perkataan Japan terus teringat benda comel, kawaaii. Rupanya kedai serbaneka (eh yeke). Mindset aku terus cari skipping rope sebab dari minggu lepas nak berskipping haha. Bila dah jumpa tu jenuh aku cari mana pricetag dia kann. Jumpa lah akak yang pakai uniform dekat rak sebelah. Terus tanya "excuse me miss, how much?" dengan muka kelat dan tahan gelak dia jawab aku "miss, everything here is rm5"  

 

Alahaii, sudah la jakun tak reti baca pulak kan. Hahaha :D first time gak nampak kedai yang seragam je harga dia, rm 5. So, takpayah lah susah-susah nak pegi price checker check harga kan? sebab semua rm5. Berbaloii! Banyak barang yang ada dekat situ, aksesori, perkakas dapur, container, aksesori kereta dan baju kucing dan anjing pun ada! 

 

 



Apa yang aku suka tentang kedai ni, lantai dia superb bersih, barang-barang yang disusun pun kemas je. Senang nak cari. Pekerja dia semua beruniform which is menyenangkan customer nak differentiate pekerja dan pelanggan. Dan yang paling penting, takpayah tanda harga okay, sendiri tahu.



Di mana Daiso Japan di Kuching?
Daiso Japan, Boulevard Shopping Mall,
Round Atrium, New Wing.

1st Mini Giveaway 2014 by Shad

1st Mini Giveaway 2014 by Shad

Greetings Assalamualaikum to all. Hasrat Shad nak buat Giveaway 
untuk tahun 2014 ni akhirnya tercapai jugak. Jemput semua join ya.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah :

Power Bank x1
T-shirt x1
Novel x2
Long Necklace x1
Shawl x1
Bracelet x4
Ellips Hair Vitamin x2
Fridge Megnet x1
Top-up RM5 x10
Top-up RM10 x3

Lima peserta pertama dan terakhir dapat hadiah misteri!



Friday, 24 January 2014

Apa itu UPKIPT ?

Hello :)

Ingat lagi tak post yang aku publish baru-baru ni yang mengatakan aku dapat surat tawaran UPKIPT tu? Okay, post yang ini. Lepas sehari aku post entry tu, banyak keyword "UPKIPT" yang singgah dekat blog aku. Terus baca dan scroll ini penting. See?

 

Jadi, wujud jugak kemusykilan dalam otak aku. kenapa banyak sangat kan? Ini baru this week punya keywords, last week punya pun lebih kurang banyak ni. Lagipun, lepas aku dapat surat tawaran tu, aku pun google lah apa UPKIPT ni sebab tak pernah dengar then rasanya tak pernah kot lah kot aku apply masa pegi Karnival Jom Masuk U dulu. Hasil google memang tarak apa lah yang ada pasal UPKIPT ni masa tu. Mungkin sebab tu semua yang dapat tawaran ni google dan hanya blog aku je yang ada keyword tentang UKIPT ni. Dan, korang tak rasa pelik ke? Kenapa ya UPKIPT ni takda dalam enjin carian google? Macam tak wujud je ye tak?

Dan lepas aku check je keywords dekat account nuffnang aku, aku terus google balik UPKIPT. Dan baru harini jugak aku nampak ada beberapa maklumat tentang UPKIPT ni. Tapi maklumat tu agak mengecewakan. Sebab hasil daripada carian aku, UPKIPT ni merupakan SCAM.

Dan ini hasil google aku;


Ini ialah notis pemberitahuan drpd portal rasmi KPM (Klik sini)


Ini feedback org ramai (Baca sini)

Ini komen dekat post aku tentang surat tawaran UPKIPT haritu


Dan boleh baca dekat sini jugak (Klik sini)

Sebelum tarikh temuduga tu pun aku banyak kali call nombor yang ada dalam surat tu. Dan paling mengejutkan call aku tak dijawab dan nombor yang lagi satu tiada dalam perkhidmatan. Jadi nak taknak malas lah kan nak layan org yang taknak layan kita. Nasib baik pagi sabtu tu tak pergi atas dasar malas.

Jadi konklusinya, untuk kawan-kawan yang dapat surat tawaran tu yang ada kena mengena dengan UPKIPT tu, sila fikir dua tiga empat kali ya. Bukan tak bagi suruh pergi cuma better was-was sikit :) Takpa, jom sama-sama beli pin UPU dan apply okay :) Lagi mendatangkan kebaikan.

Tuesday, 21 January 2014

1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah

Buat pertama kalinya, blog ini menganjurkan giveaway sempena menghargai para pengikut dan juga pembaca blog Ainim Rashihah. Sebagai salah satu usaha untuk menghargai sokongan kalian semua, Ainim nak adakan giveaway pertama blog ini.


Semua orang boleh sertai giveaway ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:

1. Follow blog Ainim Rashihah, Add To Circle Google+ Ainimsuju, Follow Twitter Ainimsuju dan Like Fanpage Blog Ainim Rashihah
2. Buat satu entri bertajuk 1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen ini.
5. Tarikh tamat giveaway ini ialah pada 30 Januari 2014.

Pemenang akan diumum pada 6 Februari 2014 dan pemilihan pemenang adalah melalui random.org

Tuesday, 14 January 2014

Dapat surat tawaran daripada UPKIPT

Haiii selamat tengahari dan salam Malidur Rasul untuk sahabat yang muslim :)

Pagi tadi aku dapat satu surat ni. First time gak dapat surat macam ni siap tulis Sulit & Persendirian lagi. Hahaha. Bila buka je surat tu terus baca dengan mata yang tak boleh nak kelip 2 saat. Apa yang ada dalam surat tu?

Wahhh ini surat tawaran dan temuduga.


Bidang sains kesihatan? Hospital kerajaan? Itu second choice aku, sebab aku lebih berminat kepada bidang perguruan. Tapi kalau dah takda rezeki untuk first choice, nak tak nak go on je kan dengan second dan choice yang lain. Apa-apapun, aku tetap akan isi untuk SPA lepas dapat result nanti. Tak kisah lah kerja apa aslkan tak menggangur mcm sekarang huhuhuhu. Bosan jugak duduk rumah, makan, tidur huuu tak sabar rasanya nak dapat result!

Aku masih tak faham isi surat ni sebenarnya. Maksud aku ke mana hala tuju kalau aku lulus temuduga, kerja? Praktikal? Masuk IPTA? Masih confius tentang surat ni. Kalau ada yang tahu atau ada maklumat, boleh share ya, sebab memang tak faham. Nak call, tapi harini public holiday.

Monday, 13 January 2014

Senarai Movie 2014 untuk kaki wayang

Siapa kaki wayang? Inilah part yang ditunggu-tunggu oleh setiap kaki wayang. kalau dah bosan duduk rumah dan tak tahu nak buat apa, jomlah terjah wayang! kalau last year sibuk dengan SPM, dengan kelas tambahan, weekend dengan tuituon, memang tak merasa wayang lah. tahun ini? hehehehe.

So aku ternampak gambar kat bawah ni dekat facebook page Hitz.fm. Semua ni senarai movie yang akan di release di pawagam bermula 3 Januari sampai hujung tahun bulan December. Lepasni takpayah nak duduk termenung depan GSC kan tengok senarai.. tengok gambar ni, capai calender atas meja tuh dan mark! dah sampai tarikhnya boleh terus beli tiket. Mungkin ada yang tak menepati tapi ada jugak kan yang confirm punya. Tapi, aku lebih suka kot movie tempatan ( sokong tempatan punyaaa katanya )


movie 2014, cerita best 2014, kaki wayang, di pawagam 2014, senarai movie, the hobbit, dracula

Tapi kenapa takda sambungan Frozen ye? Haha peminat tegar Frozen ni tau ^^

Tetiba sarapan dengan VONO

Haritu pergi beli groceries dekat hypermarket. Terjumpa pulak kotak ala-ala omputeh nama dia VONO. Banyak jenis sup yang ada dekat rak vono tu, ada mushroom original, mixed mushroom ada yang mix dengan cheese. Tapi memandangkan aku baru je nak ubah "lifestyle sarapan" ni taknak lah kan cuba yang macam-macam. So, aku grab je yang paling common dekat telinga aku, Mushroom Chicken.

Bagi sesetengah orang termasuk aku yang mengamalkan peribahasa masuk telinga kiri, keluar telinga kanan, sarapan tu taklah penting sangat. Orang dah cakap sarapan tu penting, siap ada ceramah lagi dekat tv pepagi tapi masih buat dek je. Bila dah masuk tengahari mulalah mata berat 17 kilo, asyik nguap, otak tak jalan. Nak salahkan siapa? Diri sendiri sebab malas nak sediakan sarapan.

vono, instant soup, chicken mushroom, nice, sup seger, breakfast 

Jadi, kononya taknak sarapan berat sangat mcm maggi, nasi goreng youalls boleh lah try Vono Instant Soup. Tak rugi mana pun beli, sebab memang sedap tahap dewa. Kucing pun tengok i mata tak kelip-kelip. Satu kotak tu around Rm 4 ringgit lebih dan ada 3 dalam tu. TAK RUGI SEBAB SEDAP. Rasa mushroom chicken tu memang pekat dan berlemak.
Cara nak sediakan pun tak lah susah mana, jerang air dalam 200ml lepastu tuangkan dalam mug yang dah ada perencah sup tu. Then kacau-kacau dah siap! Lepasni nak try pulak perisa lain

nescfe, mushroom chicken, vono, instant soup
 Pekena dengan Nescafe memang umpphh

Sunday, 12 January 2014

Novel The Wedding Breaker | Ariana Rose

Kalau dulu slot Akasia ni aku tak layan sangat. Dulu aku lebih berpihak dengan cerita dari negera seberang, Indonesia (sila gelak mengejek). Aku mula layan slot akasia ni start dengan cerita Teduhan Kasih dulu. Sebab utamanya aku layan, hero dia lah Adi Putra. Lepastu addicted pulak dengan Love You Mr Arrogant, Playboy Itu Suami Aku dan yang tengah hot ditayangkan sekarang Ariana Rose. Apa yang buatkan aku layan cerita sebab semuanya adaptasi novel. Dan dengan bangganya aku ni kaki novel yang tegar (sambung aku yang dulu bukanlah yang sekarang..). Dan apa yang paling penting, semuanya Happy Ending. Aku ni tak suka dan pantang bila ada drama yang kau dok duduk layan depan tv setiap hari sambil lipat kain baju last-last ending tak gempak dan paling tak tak best bila hero dia yang dah perfect 10 tu mati or watsoever. memang tak suka. Maaf melalut terlalu panjang

"Saya memohon maaf kerana menggangu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar" - Ariana Rose

Itu ayat paling ling ling keramat dalam novel The Wedding Breaker yang diadaptasi untuk slot akasia, Ariana Rose. Masa mula-mula episod 1, serious kite taktau pon cite ni adaptasi novel yang kite dok amik-letak-balik dekat rak buku popular. Kalau aku tahu lah novel tu yang ganti PISA memang aku dah beli awal-awal. Lepas dah masuk episod 2..."eh novel yang aku tak jadi beli ahhhhhhhh" 

The next day aku pun jelajah pasar area aku kat sini, tak jumpa. Lepastu aku gagahkan jua kaki aku pegi Kuching Sentral mcm budak nerd belek-belek novel dalam rak Smart Bookshop dan maseh tak jumpa. Sebab dah geram sangat aku melalut lah post dekat wall facebook aku. Banyak yang rekemen tempat yang ada jual novel tu (Terima kasih!). Salah satu pengomen tu rekemen lah ada jual dekat kedai apek area stesen bas pekan Bau. Last-last dah jumpaaa. Emak yang belikan sebab aku dah tunai janji dia supaya kemas rumah dan bilik dia. Nangis air mata kristal.



Rating yang  aku bagi untuk novel ni 10/10. Yeayyy aku tabik sangat dengan penulisan Evelyn Rose sampaikan instagram Evelyn Rose pun aku follow! Penulisan yang sangat kreatif which avoid the readers from falling-head-to-pillow(i mean mengantuk). Dengan ayat yang sangat memukau gituuu. Dan novel ni banyak menyelitkan hadis yang bermanfaat. Banyak pengetahuan dan informasi yang diselitkan. Memang terbaik! 



Untuk dramanya pulak. Pemilihan pelakon memang sangat sesuai. Keith Foo sebagai Dato' Wira Tengku Adam Kamil dan Nur Fathia sebagai Ariana Rose. Memang sejibik dengan watak dalam novel.