Saturday, 26 April 2014

Tingkatan 6, Jurusan Sains

Nampaknya panjang lagi jodoh aku dengan Aliran Sains. Awak, memang jodoh aku SAINS.

Ada sesetengah students atau individu memandang tinggi aliran sains. Kononnya aliran sains ni semua bebudak pandai je layak masuk. Sini, aku nak terangkan, dah 2 tahun aku belajar dan duduk dalam kelas sains. Dan apa yang aku dapat, aliran sains ni jauh lebih susah. Janganlah pandang budak sains ni pandai sangat. Nak belajar every subject tu perlu struggle. Lagi-lagi lah kalau macam aku yang lemah Additional Mathematics dengan Chemistry. Dari awal tahun tingkatan 5 tu kot aku dah give up everything dengan Add Math dan Chemist. Sebab tu lah keputusan 2 subject ni agak tak gagah. Sebab dah give up tanpa berusaha. Hahaha menyesal sekarang pun tak guna. 

And here comes the story pasal hari Khamis lepas. Semua lepasan SPM dah tahu kan, 24 April tarikh untuk semak kelayakan untuk ke tingkatan 6 dan matrikulasi(matriks). Aku semak melalui SMS. Tak sampai satu minit hengkau dia reply balik. Beketar jugak tangan. Sebab takut takda nama. Kalau takda nama manalah arah hidup pun aku taktau. Dan aku TAK LAYAK untuk matriks. Sedih gilaa baq hang. Kepada yang layak Matriks, tahniah. Lepas tu semak untuk tingkatan 6. Aku LAYAK, tapi untuk jurusan SAINS 
TT__TT

Disebabkan tak puas hati aku check surat tawaran melalui online. Memang tak boleh lari dari realiti. Memang dapat jurusan sains dan bukan di sekolah lama. 

 

Dan sekarang ni aku masih belum decide apa-apa. Parents pun busy nak fikir. Memang susahlah jadi lepasan sekolah ni. Ingatkan boleh duduk rumah sambil tengok tv makan popcorn. Rupanya tak. Kena sentiasa online untuk alert apa-apa tawaran yang datang. Dan aku sangat-sangat perlukan khidmat kaunseling abang kakak former form 6. 

Untuk kawan-kawan seumur ni yang belum semak kelayakan. boleh semak melalui SMS
Untuk T6 : MOE T6 <NO IC> hantar ke 15888
Untuk Matriks : MOE MAT <NO IC> hantar ke 15888

Melalui online boleh semak sini,
Publish!

Tuesday, 8 April 2014

Lepasan SPM

hello :)


Alahai lamanya tak update belog. Padahal jadi full-time housemaid(lepasan sekolah) pun blog masih terabai. Teringat dulu pernah nak berjanji nak jadi full-time blogger. Mana tah angin bawak janji tu kan. Hahaha..

Since dah dapat result SPM 2013 ni otak lebih tertekan daripada masa duduk SPM dulu. Dulu waktu duduk SPM cuma perlu study buat revision turun kelas tambahan, tu je walaupun result takda lah gagah mana. Tapi keadaan waktu tu tak lah stress macam sekarang. Dengan takda surat tawaran atau panggilan lagi. Yang ada pun cuma sms daripada pihak yang saya pun taktau mana datangnya. Sudah lah sms tu tak sertakan nama kolej atau universiti. Tinggi lah tahap curious saya kan.

Next. Dengan tekadnya tunggu nama form 6 keluar ni ada juga yang masih bantah masuk form 6. Kalau bantah tu takpa, masih okay lagi. Ni siap ada yang kutuk-kutuk lagi Form 6. Kesian abang akak form 6 sekarang ni. Tapi based on experince sedara-sedara yang masuk form 6, dorang dah nak graduate dah pun sekarang. Sebab form 6 boleh dikira sbg Pre-U(diploma) jadi tahun nak amik Degree tu kurang daripada yang tak amik form 6. Ni advantage paling advance lah ni. Jadi saya ni masih boleh handle lagi mentaliti-terpengaruh dengan kutukan form 6 ni.

Hahh dan yang paling saya tak suka. Tiap kali ada makcik-makcik yang tanya nak amik course apa, mesti saya jawab redha je "taktau lagi". sebab apa taktau? sebab kelayakan untuk course yang saya nak dah takda harapan. hahahaha redha je lah.

Sekarang ni cuma go with the flows je. Memandangkan sampai saat ni masih belum ada posmen yang hantar surat tawaran, last choice form 6. For me, form 6 ni berguna jugak. Sebab amik masa 2 tahun je nak habis banding dengan diploma 3 tahun. Kalau ada tawaran yang berkenan datang nak kena fikir banyak kali jugak. Hmm siapa cakap habis sekolah senang?

#kenapa lah blog ni masih belum ada CPUV yang lekat? STRESS jugak tauuu. huhu

Friday, 28 February 2014

Nasi Lalapan di King Lalapan, Batu 7

hello :)

Semalam pergi lunch dekat King Lalapan di mana restoran dia dah lama bertapak dekat situ cuma belom pernah lagi pergi. Ingatkan nak tukar selera sebab salu pergi makan Singapore Chicken Rice kat sebelah restoran King Lalapan ni.

 
Nasi Lalapan Ayam 

Mesti ada yang tanya nasi lalapan tu apa kan? Nasi Lalapan ni asal dari Indonesia, kiranya resepi dari indon ya iyalah. Kalau sekali tengok macam nasi ayam penyet pun ada tapi bila rasa, tak sama macam ayam penyet, rasa rempah dia lebih kuat dan sedap. Kalau nasi ayam penyet, cuma ada ulam-ulaman dengan ayam yang dipenyetkan kan. Nasi Lalapan pulak siap ada tempe, tauhu goreng dan rempah ditabur atas ayam tu.

 
Daging ayam lembut dan rempah tu sedap sangat.

Dalam nasi tu ada tempe goreng. First time jugak sebenarnya aku makan tempe, sebab aku ingat tempe ni tak sedap. Tapi bila rasa tempe goreng lalapan ni siap rembat tempe dalam pinggan mak. Tak sangka pulak tempe ni sedap. Haha

 


 Bila tengah makan, tolong lah behave sebab sambal tu sangat sedap. Rasa nak je jilat jari tapi kena lah control depan orang. Sobs sobs. Since aku takla minat sangat ulam ni (patut muka tak lawo ekeke) so bagi aku biasa je ulam-ulaman tu. Bagi yang selera kampung tu, sesuai lah cuba nasi lalapan ni, bila makan tu rasa macam makan kat rumah. Oh ya, menu King Lalapan ni ada banyak. King Lalapan Istimewa, King Lalapan Ikan Keli/Bawal, King Lalapan Daging. Laksa Sarawak pun ada.


Restoran dia memang sangat cosy, bersih dan selesa. Nak makan guna tangan pun jangan risau, singki dia cantik dan bersih.



 

Alamat
King Lalapan Restaurant,
Greenville Park Shophouse,
7th Mile, 93250, Kuching,
Sarawak. (Opposite to 7th mile Chinesse Temple)

Tuesday, 25 February 2014

Pengalaman Ambil Lesen : Part 3 (Test JPJ)

hello.

Ehh? dah masuk Part 3 dah Pengalaman Ambil Lesen ni. Kemain eksaited nak kongsi pengalaman sendiri. yelah, buat lesen ramai yang cakap rumitlah nak kena itu lah nak kena inilah. tapi kerumitan tu bergantung dengan diri sendiri. tapi bagi aku, proses ambil lesen untuk kelas D ni tak rumit pun. senang je. ingatkan buat lesen amik masa 3-4 bulan. rupanya 2 bulan. itu pun kalau rajin turun untuk belajar memandu.

Macam yang aku cakap dalam entry sebelum entry yang ini, semalam merupakan hari penting dimana aku gagahkan diri untuk ambil test JPJ sebelum lesen L aku tamat tempoh. awal pagi aku bangun konon nak kurangkan rasa nervous tu. sempat pulak baca novel sebelum uncle J pick-up aku dekat rumah bawak pegi institut memandu mkm. sampai je dekat situ, ramai gilaa manusia yang sama-sama berjuang nak lulus test. aku dikumpulankan dalam sesi 2. lambat sikit start tapi nasib baik dia pilih nama random, takdelah aku tunggu lama sangat.

Bila turn aku untuk on-the-road, tak putus-putus aku doa, janganlah bagi aku kereta viva. aku dah biasa pakai kancil bila belajar driving. and yess aku guna kancil. masuk je dalam kereta tu ada aura kak fynn jamal sebab abang jpj tu pasang hotfm. aku nyanyi je dalam hati lepas tu terus cool down. aku drive sekejap je sebab encik jpj tu cakap aku dah okay so dia bagi lulus 18/20 !


 Lepas je on-the-road, aku ters pegi litar untuk buat bukit, side-parking dan 3 penjuru. ramai yang kandas dekat bukit tapi kebanyakkanya lulus termasuk aku. siap cakap dalam hati, "alaa takda org tengok kau buat bukit tu.." padahal ramai je duduk dekat bus stop tepi tu tunggu giliran. Side-parking dengan 3 penjuru tu pun lulus! 


Memadangkan aku dah lulus test JPJ, kena tunggu seminggu macam tu untuk dapat lesen P yang cantik ala-ala mycard tu. part itu paling aku tak sabar. tips nak lulus ni cuma satu je. KEEP CALM. kalau nervous memang otak takleh jalan, benda nak buat pun tak menjadi. better lah cari kawan untuk borak. sebab kalau duduk diam-diam memang pressure lah kan :) belum boleh tarik nafas lega selagi result spm 2013 tak keluar lagi. 


Publish!

Sunday, 23 February 2014

Pengalaman Ambil Lesen : Part 2 (Belajar Memandu)

hello :)

Eh lambatnya nak cerita Part 2 kan. Entry ni sambungan daripada Part 1. Dalam entry Part 1 aku ada inform kan lepas beberapa minggu menghadiri Krusus Pra L, Lesen L dah jadi milik kita. Siapa yang taktau Lesen L ni apa? Dulu aku taktau beza lesen L dan P, aku mind set lesen L untuk lelaki dan lesen P untuk perempuan. sobs sobs. Jadi eloklah aku bagitau awal beza lesen L dan lesen P ni. Lesen L bagi kereta ialah lesen di mana pemandu hanya boleh memandu sekali dengan instructor dan lesen P ialah lesen percubaan untuk 2 tahun selepas lulus ujian JPJ.

Untuk proses belajar memandu, biasanya latihan memandu ni 8 jam. Tapi takla berterusan 8 jam. Kalau macam aku, seminggu tu aku turan sekolah memandu 2 kali untuk belajar on-the-road dan litar. First time pegang stering tu rasa macam ada satu power superwoman pulak. haha tak pulak takut tapi over ekcited.



Kisah on-the-road. Ada 2 pilihan laluan yang diberikan. Laluan A dan Laluan B. Dalam kes ni, aku sangat tak suka Laluan B sebab ada bulatan dan area lampu isyarat nak masuk belah kanan tu jalan dia sempit. Pernah jugak satu hari aku drive hampir nak langgar lori, sebab jalan tu sempit nak nak lagi kena belok kanan. Jadi, doakan aku bila test nanti dapat lah Laluan A.

Kisah dalam litar. Semua pun tahu, untuk litar kita perlu mahir dalam 3 teknik. Teknik Tiga Penjuru(3 point turning), Bukit dan Parking(Side Parking). dalam ketiga-tiga teknik tu ramai org cakap bukit susah sebab kena pastikan tayar betul-betul dalam kotak kuning. Bagi aku, bukit okay daripada 3 point turning. Sebab 3 point turning ni kena pastikan 3 pergerakan je, enjin takboleh mati dan takboleh langgar garisan kuning. Jadi 3p turning ni lebih mencabar bagi aku.


Okay, selesai Part 2. Jadi untuk Part 3 yang mengerunkan giteww kena tunggu lepas 24 haribulan ni nanti. Iaitu esok. Ya esok aku duduk test JPJ. Doakan aku dapat abang JPJ yang molek joo. Alamak, nervousnya! Semoga dapat Laluan A untuk on-the-road dan lulus ketiga-tiga teknik dalam litar tu. *berikan kuasa ajaib doraemon*

Publish!

Tuesday, 18 February 2014

Slot Akasia | Jika Itu Takdirku

hello :)
Jika Itu Takdirku, slot akasia terbaru 2014, menggantikan ariana rose

Semalam merupakan tayangan pertama untuk slot akasia terbaru iaitu 'Jika Itu Takdirku' selepas Drama Ariana Rose yang diadaptasi daripada novel The Wedding Breaker menerima sambutan hangat daripada peminat setia novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose itu sendiri. 

Barisan pelakon drama bersiri 'Jika Itu Takdirku' :
Intan Ladyana (Seri Umairah), Shah Iskandar (Hakimi), Shukri Yahaya (Azri), Nina Iskandar (Qistina), Arash Mohd (Dr Hamza) dan Jasmin Hamid.

Sinopsis :
Walaupun Hakimi tidak mempunyai sebarang ingatan tentang Umairah, namun dia telah jatuh cinta dan bertindak untuk melamarnya sebagai isteri. Dr Hamza dan isterinya, Puan Zainah menerima baik lamaran Hakimi. Umairah bingung dengan tindakan Hakimi kerana hakikatnya mereka berdua mempunyai kisah silam yang telah meninggalkan sejarah hitam dalam hidup Umairah. Umairah tidak pasti jika Hakimi hanya mahu mempermainkannya atau mempunyai muslihat lain. Kisah silam itu juga telah menyebabkan Umairah menjadi seorang yang pendiam dan pintu hatinya sukar terbuka untuk mempercayai cinta lagi.

Akhirnya, Umairah bersetuju kerana dia masih menyayangi Hakimi dan mereka telah ditakdirkan bersama selepas musibah yang terjadi pada 7 tahun lepas. Umairah sering terganggu dengan kenangan pahit dan menjauhkan diri daripada Hakimi. Hakimi tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Umairah dan memberi ruang kepada Umairah untuk menyesuaikan diri dan mencintainya seperti pasangan suami isterinya.
Hakimi terserempak dengan Azri (Shukri Yahaya), seorang kawan lama yang cuba memberitahu hubungan Hakimi dan Umairah pada masa lalu. Hakimi bertanya kepada Umairah. Umairah enggan memberikan sebarang jawapan sehingga Hakimi mula menggeledah barang-barang lama Umairah. Umairah bengang dengan tindakan Hakimi dan dia telah bertindak keluar dari rumah apabila Hakimi memaksanya menceritakan hal yang sebenar.
Hakimi merayu supaya Umairah memaafkannya dan memberikan peluang untuk menebus kembali penderitaan yang dialami oleh Umairah. Hakimi juga meminta bantuan Umairah supaya mengingatkan kisah silam mereka dan memulakan hidup baharu dengannya. Umairah terlalu takut untuk berterus terang kerana bimbang Hakimi akan berubah fikiran selepas mengetahui hal yang sebenar. Selepas melihat kesungguhan Hakimi, akhirnya Umairah mengalah dan bersetuju untuk memulakan hidup baharu bersama-sama Hakimi.
Selepas 2 bulan, Hakimi gembira apabila Umairah telah mengandung. Bekas teman wanita Hakimi, Qistina (Nina Iskandar) kembali menagih cinta dan berusaha untuk memerangkap Hakimi. Kali ini, hati Umairah dilukai lagi dan dia menjadi pasrah dengan Hakimi yang kembali dengan perangai lama yang suka berpoya-poya. Masih ada peluang buat Hakimi dan Umairah? [Sumber]
Jika Itu Takdirku - Slot Akasia TV3 (2014)
# Drama 'Jika Itu Takdirku agak berbeza sedikit daripada slot akasia yang lalu kerana drama ini bukan adaptasi novel. Kaki novel, takpayah nak selongkar satu kedai buku tau cari. Hehe. Pada pendapat aku, untuk episod pertama jalan ceritanya agak bagus dan tak sabar nak tengok episod seterusnya. Tengok tau pukul 7 malam ni!
Publish!

Monday, 17 February 2014

6 Tempat Percutian Idaman (One day...)

hello :)

Memandangkan harini sangat kekeringan idea nak update, harini aku nak share tentang 6 tempat percutian idaman. Setiap orang ada tempat percutian idaman dia sendiri kan? Like "Places You Absolutely Must Visit Before You're 30".

Hahaha bagi aku tak kisah lah turn 30, ke 40 ke kalau panjang umur murah rezeki, sepanjang hidup aku nak melancong. Sebab aku ni suka sangat melancong walaupun tak pernah jejak luar negara, jadi kena catat dalam kalender. First gaji bila dah bekerja kena simpan sikit untuk melancong dan berterusan untuk gaji-gaji seterusnya. Jadi nanti kalau dah ada rezeki, aku nak sangat pergi tempat-tempat yang disenaraikan kat bawah.

macau tower jump 
#1 Macau Tower in China

Bora Bora
#2 Bora Bora Island in French Polynesia

Great Wall of China
#3 Great Wall of China in China

Seopjikoji Coast
#4 Jeju Island in South Korea

Metasequoia Road
#5 Nami Island in Korea

Picture of 3 whale sharks swimming in the Kuroshio tank 
#6 Okinawa Churaumi Aquarium in Japan

Kalau ada masa aku akan share sikit maklumat tempat-tempat ni. Bukan travelogue ye sebab aku belom pergi ke tempat-tempat ni. Janganlah angan-angan jadi tahi kan. 

Jadi korang? Apa tempat percutian idaman korang?

Friday, 14 February 2014

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 3)

Salam Melancong!

Setiap kali sally pergi bercuti...blog sally akan adakan GA yang bertujuan untuk memberi cenderahati kepada rakan-rakan blogger...Apa salahnya berkongsi kegembiraan dan kenangan kan..? Untuk percutian kali ni...Sally nak buat GA yang ketiga...sebab tak mampu nak beli souvenirs untuk semua orang ...hihihi...

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/02/holiday-giveaway-by-sally-samsaiman.html


Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 3).
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML, dalam entry, jawab satu soalan yg senang, "Kemana Sally nak pergi kali ni?" dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen
GiveAway berlangsung selama 2 hari bermula 14/2/2014 sehingga 15/2/2014.

5 orang blogger yang bertuah akan menerima souvenirs (undian melalui random.org)

**********************************
Kemana Sally nak pergi kali ni?
Memandangkan kak Sally sebelum ni ada publish entry tentang dollar jadi, jawapan saya kak Sally nak pergi Hong Kong :)

Thursday, 13 February 2014

Novel One Day You'll Be Mine - Inawza Yusof

hello :)

Lepas selesai je baca Novel The Wedding Breaker, aku mulakan lagi hobi yang satu ni dengan novel yang hot di review sekarang, Novel One Day You'll Be Mine karya Inawza Yusof. Novel ini diterbitkan oleh Karya Seni dimana novel nya menjadi pilihan aku sekarang. Lepas ni nak gigihkan lagi usaha mencari novel yang baru. Dan ada lagi novel yang aku masih belom berkesempatan nak review. Jom tengok apa yang best dan tak best novel  ni.

novel one day you'll be mine inawza yusof, inawza yusof blog, karya seni, ODYBM 
Harga : Rm33/Rm36 

Sinopsis belakang buku:
Dia seorang gadis yang hidup bukan hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna!

Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia akan meneruskan kehidupan yang telah diaturkan oleh keluarganya dan juga keluarga Dzul Ehsan.

"Kau pekak ek?"
"Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I'm not deaf. Thank you for asking."
"Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?"
"Okay, but stay away from my stuff and get your own TV."

Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya... ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu!

"Jangan cari pasal dengan aku awal pagi macam ni, boleh tak?"
"Jadi aku patut tunggu tengah hari atau malam sebelum cari pasal dengan kau? Is that what you're suggesting?"
"Pergi mampus"
"Terima kasih, I love you too."
Arghhh!!! Dia memang sengaja mahu menyakitkan hati aku.

Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya. Adakah ini tandanya...Dzul Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya, iaitu Nik Afezal? Oh sesungguhnya, dia harus bijak memilih! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir,

"Kenapa kau nak kahwin dengan orang yang menyusahkan?"
"Mudah...sebab aku sayang kau."

********************************
Review:
Honestly, novel jalan cerita novel ni sangat dramatik dan menarik. Mula-mula baca tu memang best dan rasa tak sabar nak selak muka surat seterusnya. Bila dah wujudnya watak Nik Afezal, kehidupan heroin bertukar jadi cacamarba. Siapa tak cacamarba bila setiap pagi ada jambangan bunga atas hood kereta kan? 

Perwatakan Anith Fitriah atau Fitri ni boleh buat naik darah dengan kedegilan dia tu, dan tindakan Fitri menerima balik Nik Afezal sangat lah tak masuk akal atau bahasa kasarnya bodoh. Yelah, lepas 3 tahun menghilang baru muncul dan bila ditanya sebab kenapa menghilangkan diri, jawapan dia "kerana harta". Kalau korang, korang masih terima Nik? Jadi disini aku nak tegaskan watak Fitri ni memang mencabar keimanan aku. Sebaliknya pula dengan watak Dzul Ehsan yang sangat cool dan selamba tetapi ego yang tinggi. Lepas semua kebenaran dibongkarkan oleh Mega Ariyana, aku tabik sangat dengan tindakan mulia Ehsan. Masih adakah manusia macam tu zaman sekarang? Tahniah penulis, watak Ehsan sangat bagus.

Apa yang aku suka sangat tentang novel ini ialah nilai kekeluargaan yang erat. Mungkin nilai ni tak nampak sangat di antara Ehsan dan keluarganya tetapi tidak untuk mama Ehsan dan Aya. Selepas semua kebenaran terbongkar, mama Ehsan masih menerima diri Aya sebagai cucunya. Terharu tauu part ni. Ending novel ODYBM sangat best sebab pilihan yang Fitri buat sama sengan pilihan aku dari awal-awal cerita ni. 

Tahniah sekali lagi untuk penulis Inawza Yusof yang sangat gigih menghabiskan novel yang sangat tebal ini. Cuma, nak tanya? macam mana penulis boleh dapat idea dengan kedegilan Fitri ni ya? Sungguh watak Fitri memang mencabar keimanan. Haha. Diharapkan penulis boleh meneruskan lagi penulisan lepas ni . Dan elakkan watak degil Fitri tu hehe. Rating untuk novel ini 8/10


# Maaf review ni panjang sangat sebab novel nye pun tebal.

Wednesday, 12 February 2014

Sedang di-jahanamkan atau sebaliknya

hello :)

 
*gambar takda kena mengena dengan entry hehe

Okay ini hanya short post dimana aku nak bagitau i..
Kalau korang bukak blog aku dan agak lain dari yang biasa jangan hairan ya :)
Sebb aku nak bereksperimen sebentar dgn blog aku. Weheheheh

Thursday, 6 February 2014

Pengalaman Ambil Lesen : Part 1 (Bengkel Pertama dan Kedua)

hello :)

 

Entah kenapa aku rasa nak je share pengalaman ni dekat blog ya nan hado ni. Hahaha mungkin sebab saja nak buang rasa ngeri tu kan sebab minggu lepas uncle instructor tu remind aku kemungkinan akan ujian JPJ 24 aribulan ni. *mengeletar* dah ready ke aku ni? sobs sobs

Sebelum amek lesen ni 2 bulan yang lepas, mak aku sebenarnya teragak-agak nak bagi kebenaran. aku memang tak kalah sebelum berjuang. berkarat lah jugak telinga dengar bebelan mak kan. tapi aku redah je sebab semua kawan-kawan aku dah selesai register untuk amek lesen. maklumlah dah lepas SPM. punyala banyak alasan aku bagi mak. 
1. nanti dah kerja siapa yang nak hantar pegi balik kerja? takkan nak suruh bapak?
2. nanti dah sambung sekolah balik, takda masa nak belajar memandu apa semua.
3. nanti hari-hari aku naik bas pergi pasar, dalam bas ada banyak bangla tau mak.

Aku tau alasan yang ketiga tu pathetic sangat dan desperate memujuk. haha 2 minggu lebih lah jugak sesi memujuk mak, and finally dapat kebenaran. taktau pulak mimpi apa kan, sebab muka 20 sen aku kot. The next day lepas mak bagi kebenaran, aku bawaklah pegi register dan call uncle instructor tu. ingatkan register terus duduk table test. rupanya kena pergi kursus KPP 5 jam. nasib baik encik penceramah tak bosan, takdalah mengantuk duduk dalam bilik tu.

Dah selesai bengkel KPP 5 jam, dalam minggu tu jugak aku duduk table test. okay, part ni rasa nak lap airmata yang bercucuran ni.. aku gagal untuk first test tu. dapat GAGAL 36/50. frustt menonggeng kot sebab sehari sebelum test tu aku tak belajar tapi tengok wayang. call lah emak kan cakap gagal. gedangggg lagi membebel lah. balik rumah tu aku terus bukak buku kuning tu, belajar pagi tengahari malam sebelum tido. sampai tak layan cita korea dengan running man!


Dan minggu seterusnya aku dah rasa confident, yakin terus pegi buat table test. takut nanti benda yang aku belajar semua hilangg. masuk je tempat amek test tu, bagi IC terus masuk bilik exam, tak nak tunggu lelama. makin tunggu lelama makin nervous. duduk depan PC tu dalam hati tak putus-putus doa supaya lulus. usaha aku belajar sampai lupakan running man tu berbaloi. LULUS 46/50 hoyeahh. lepas lulus tu sempat jugak marah diri sendiri sebab test tu senang je kalau betul-betul belajar. taklah melayang duit nak kena repeat balik.

Lepas lulus table test, nak kena duduk jugak Kursus Pra L - 3 jan teori, 3 jam amali. apa yang bestnya, penceramah tu orang yang sama. dia masih ingat muka aku sampai soalan pun asyik aku je yang kena jawab. lepas dah habis Kursus Pra L dapatlah lesen L lepas beberapa minggu. dah dapat lesen L barulah boleh drive kereta for the first time. yang ni aku cerita untuk Part 2 nanti. hehehe

okay nak readyy lepasni nak pergi belajar drive lagii. yeayy tak sabar nak dapat lesen nii!

Wednesday, 5 February 2014

Random ; Kau tak pandai masak?

hello :)

 

Nak dijadikan cerita ni kan, bab Memasak. memasak tu bukan satu hobi tapi lebih kepada perkara wajib bagi perempuan. eh ayat tu betul kaa? dulu aku memang tak suka bab masuk dapur, sebab bagi aku leceh sangat. hairan pulak, tak suka masuk dapur tapi badan gedebab haha sebab masakan mak memang terbaikk.

Pengalaman tak pandai masak.
ingat bersalin jo ada pengalaman? pengalaman dimalukan sebab tak pandai masak pun ada hokeh. hahaha, part ini paling tak suka. part bila masa sekolah menengah form 3 dan 4. waktu tu memang boleh dikatakan tiap hari bawak bekal. makan waktu rehat duduk sesama sambil gosip cikgu tu asyik ketuk-ketuk meja, pastu tak bagi baca perenggan. aku ni kadang-kadang aje bawak bekal. so bila tak bawak bekal then duduk sesama, ada lah kawan yang tegur 'eh trish, kau tak bekal ke arini?' dengan jujur aku jawab lah 'takda orang nak masakkan, takdalah bawak bekal' lepastu dorang jawab lah 'ek elehh masaklah sendiri, kami pun masak sendiri awal pagi'. apa lagi? rasa nak je ganyang kuali dengan senduk-senduk sekali dalam dapur tu.

lepastu satu hari tu entah tetiba pulak cikgu J bangkitkan isu memasak ni. ohh waktu tu masa rehat kalau tak silap. entah macam mana pulak cikgu tu usik sorang budak lelaki senior yang tengah syok makan "noh trish noh ngak, ponai eh masak ne. jadi sowon paguh, ponai masak" okay aku transalete-kan "itu trish tu, pandai masak tu, jadi bini bagus, pandai masak". dan datang sorang makcik merangkap bestfriend aku menidakkan statement itu betul-betul di depan cikgu, budak senior yang syok makan tadi tu dan crush aku huwaaaa. sangat tak boleh jadi -.-

see? sungguh memalukan. nanti nak masak untuk suami, anak-anak macam mana? ehh okay tipu i masih muda hiks. jadi memandangkan sekarang ni aku lebih banyak luangkan masa di rumah, aku nak manfaatkan masa ni untuk belajar memasak yang kononnya senang tu. nasib baik zaman dah maju, smartphone pun ada. jadi senang lah nak angkut sekali smartphone dan tok guru, Encik Google ke dapur. jadi, nak kena tingkatkan usaha supaya perut mak mertua senang hati!

Kitchen Art Print. Now You're Cooking Typographic Print. Cooking Quote Print. Funny Kitchen Wall Art. Kitchen Decor. Word Art Mini Poster.

Tahniah Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha ; It's a girl !

hello :)


Tahniah diucapkan buat Khairul Fahmi atau Apeks dan isterinya Leuniey Natasha pengasas Kaylena Beaute' kerana selamat dikurniakan anak sulung. Its a girl :) Bayi perempuan sulung pasangan ini selamat dilahirkan pada 3 Februari 2014, 2.55petang dengan berat 2.75kg. Pasangan ni masih memikirkan nama yang sesuai untuk baby mereka. Sekadar letak hashtag #babyK je kat IG. Kot-kot namanya Kaylena nanti. Hehehe

Rasanya nanti dah besar copy paste muka mummy nya ni. Gorgesss! Kening, hidung pun dah serupa dah tu. Jom layan gambar anak KFCM dan Leuniey yang aku screenshot terus dari IG Apek dan Leuniey. Hehehehehe


 










Awww comelnyaaaa..


Tahniah mami dan dedi baruu.

MINI GIVEAWAY NOVEL OH NOVEL

hello :)




Jom join giveaway ni :)
Sama-sama meriahkan giveaway by blogger Cik Akak yang comel

Peminat novel macam aku memang pantang nampak novel bagai ni. Hehe..

Wednesday, 29 January 2014

#WordlessWednesday ; Know your cats

Hello :)

 

Siapa ada kucing? Hehehehe
Kucing pun ada perasaan macam kita.
Nak kawan, nak marah pun kucing tau.
Kucing aku ekor nya semua kontot macam ibu jari manusia. 
Susah nak agak bahasa ekor dorang. Hehe

So, your cats say what?

Monday, 27 January 2014

Novel Kau Marah Aku Suka - Fatin Nabila

Hello :)

Aku dan novel sememangnya tak boleh berpisah. Nama pun budak lepasan kan, takda kerja cari novel nak luangkan masa lapang hehe. Kali ni nak review pulak novel terbitan Grupbuku Karangkraf yang aku dah habis baca lama dah tapi lupa nak review. Novel Kau Marah Aku Suka karya Fatin Nabila

novel kau marah aku suka 

Comel je kan kulit novel ni hehehe sesuai untuk mood org remaja masa kini. Amboi ayat kemain. 

novel kau marah aku suka 

Sinopsis belakang buku;
Dian Qarmila dan Iskandar memang tidak serasi. Iskandar seolah-olah cili padi pada Dian. Bertembung saja dengan Iskandar, dia akan kepedasan. Pedihnya yang meresap hingga ke ulu hati. Bencinya Dian pada "Encik Beruang" yang penuh berlagak itu. Perang mulut antara mereka tidak pernah putus.

Namun, ada suatu rasa di hati Iskandar. Makin Dian marah, makin dia sukaa. Malah makin merindu pula. Inikah dinamakan cinta? Opps...mana boleh? "Cik Singa" ini mana kenal erti cinta. Lagi haru kalau dia meluahkan perasaan itu. Apa-apa pun dia perlu juga menyatakan hasrat hati kepada gadis itu. Dia perlu melamar Dian. Mana tahu selepas berkahwin nanti, Dian akan jadi lembut.

Sebenarnya dalam diam, Dian turut merindui lelaki itu. Ah, takut berterus terang! Anehnya, mengapa Iskandar kian bertandang di ingatan? Siapa yang gila sebetulnya? Lama juga dia hendak memberi jawapan. Tekadnya mahu kahwin tanpa cinta. Padanya, itu lebih baik dan penuh berkat.

--------------------------------------

Haiih bila baca novel ni rasa geram pun ada dekat Dian Qarmila ni. Orang nak dia, dia pulak lari. Dian seorang gadis yang kental dan ego. Dan juga degil, hati batu. Dian bersikap sebegitu sebab kisah lampau dia. Kisah lampau apa?
Iskandar ni pulak seorang yang soft-spoken aje. Sudah lah terpaksa bersabar bila Dian meletakkan petai di dalam beg kerja nya yang dibawa masuk dalam bilik mesyuarat. Part ini memang kelakar gilaa! Rasanya kalau aku lah di tempat Iskandar haih mau pengsan sebab malu!
Novel ini bukan berkisarkan cinta 'Cik Singa dan Encik Beruang' je, tapi ada satu rahsia besar di antara ayah Redza dan Dian Qarmila. Rahsia apa? Perempuan simpanan? Redza ialah suami kepada Sara teman baik Dian. Dan Redza ialah teman baik Iskandar si Encik Beruang. Ending novel, mesti semua boleh agak kan? Hehehehe

Hmm, banyak rahsia ya novel ni? hehehe nak tahu apa rahsia itu sudi-sudilah baca novel ni. Bagi aku novel ini tak bosan langsung. Rasa nak gelak, rasa nak tumbuk si Dian, rasa cincang kepala Danea dan Maria. Semua perasaan bercampur baur bila baca novel ini. Rating yang aku bagi untuk novel ini 9/10 =) Syabas buat penulis, Fatin Nabila.

Harga novel : Rm26(SM), Rm29(SS)

Barisan Pemenang Anugerah Juara Lagu 28

Hello :)

pemenang ajl28,

Beberapa minit lepas tamat sudah konsert Anugerah Juara Lagu yang ke 28. Dan keputusan sudah pun diumumkan.

Juara : 
Bahagiamu Deritaku - Hafiz
(Rm 35,000 & Trofi)

Naib Juara :
Hanya Aku - Hyper Act
(Rm 15,000 & Trofi)

Tempat Ketiga :
Kalau Aku Kaya - Awi Rafael dan Altimet
(Rm 12,000 & Trofi)

Anugerah Persembahan Terbaik :
Bahagiamu Deritaku - Hafiz
(Rm 10,000 & Trofi)

Anugerah Vokal Terbaik :
Ikut Rentakku - Jaclyn Victor
(Rm 10,000 & Trofi)

Anugerah Juara Mobile :
Bahagiamu Deritaku - Hafiz

rotikaya, hafiz suip, hafiz af hensem


Sudah pasti fans Hafiz gigit buku takpun melompat kegirangan kan sekarang? Ini sangat menggambarkan keadaan aku sekarang. Apa tidaknya, AJL25, AJL26 dan AJL27 sudah menjadi milik Hafiz dan double happy bila AJL28, Hafiz sekali lagi dinobatkan juara. Satu malam gondolkan sekali 3 trofi! Hebat Hafiz hebatt, anak sarawak! 

Buat artis yang menang dan tidak menang, tahniah juga diucapkan. Jumpa lagi di AJL tahun baru :)

Sunday, 26 January 2014

Daiso Japan | Everything RM 5!

Hello dan selamat berhujung minggu :)

Pernah dengar tak apa itu Daiso Japan? Okayy aku pun tak pernah kenal pun apa Daiso Japan ni sebenarnya. Selepas kejadian memalukan semalam, baru aku tahu apa itu Daiso Japan.

Nak dijadikan cerita, semalam alkisahnya, aku pergi Boulevard, Kuching. Hasrat mula-mula nak beli novel dan jumpa kawan yang kerja dekat area situ. Menghayun kaki terus sampai satu kedai yang sangat menarik perhatian dekat new wing sebab tema kedai tu warna purple berjalur. Aku pun jakun sgt kan nampak je perkataan Japan terus teringat benda comel, kawaaii. Rupanya kedai serbaneka (eh yeke). Mindset aku terus cari skipping rope sebab dari minggu lepas nak berskipping haha. Bila dah jumpa tu jenuh aku cari mana pricetag dia kann. Jumpa lah akak yang pakai uniform dekat rak sebelah. Terus tanya "excuse me miss, how much?" dengan muka kelat dan tahan gelak dia jawab aku "miss, everything here is rm5"  

 

Alahaii, sudah la jakun tak reti baca pulak kan. Hahaha :D first time gak nampak kedai yang seragam je harga dia, rm 5. So, takpayah lah susah-susah nak pegi price checker check harga kan? sebab semua rm5. Berbaloii! Banyak barang yang ada dekat situ, aksesori, perkakas dapur, container, aksesori kereta dan baju kucing dan anjing pun ada! 

 

 



Apa yang aku suka tentang kedai ni, lantai dia superb bersih, barang-barang yang disusun pun kemas je. Senang nak cari. Pekerja dia semua beruniform which is menyenangkan customer nak differentiate pekerja dan pelanggan. Dan yang paling penting, takpayah tanda harga okay, sendiri tahu.



Di mana Daiso Japan di Kuching?
Daiso Japan, Boulevard Shopping Mall,
Round Atrium, New Wing.