Sunday, 3 March 2013

Karnival Pengajian Tinggi "Jom Masuk U" 2013 di Waterfront Kuching

Amaran awal.  
Post kali ni agak panjang sebab dah lama tak update belog busuk ni. sepanjang tu jugak lah banyak je benda yg aku nak nak nak sgt update! sebab dan akibat lama tak update..


haa. nilah yang jadi dengan laptop aku. tak nak on. aku pun taktau apa penyakit yang dialami. high blood pressure mungkin? mak pun decide nak bawak pegi kedai sebab warranty masih hidup! *kelegaan sedikit*

Lupakan pasal Laptop. jdi semalam aku pegi lawatan ke Karnival Pengajian Tinggi 2013 di Waterfront Kuching. lawatan setengah hari je ko sebab gila memang sesak tempat tu. nasib baik bilik pameran tu semua ber-aircond. 

 
dalam bas menuju ke waterfront :)


 


masa ni memang memalukan gila. haha :D sebab maklumlah sekolah kteorg yang paling awal sampai, jadi tanpa malunya kitaorg ambik gamba dekat tempat masuk. alah konon selebriti atas red carpet. banyak jugak lah mat salleh yang terintai-intai kitaorg. lepas sekolah lain dah sampai semua reti duduk diam. pndai pulak malu. kihkihkih :D

 

gambar dekat atas tu memang mintak penampar. haha :D sengaja nak ambik gambar sebab tunggu nak masuk tu punyalah lama. kitaorg terpacak situ lebih kurang setengah jam boringgg. jadi beralaskan alasan (ayat skema) nak pergi toilet kitaorg lepak lah dekat situ, jadi model sambilan. 

booth Universiti Sains Malaysia (USM)

booth Kolej PTPL yang menarik minat aku 

booth yang paling menarik. seriously nak ambik brosur memang susah sebab semua berminat dgn UNIMAS 

 
booth yang sesuai dalam kemahiran melukis. abang tu awesome sebab dia lukis bangunan DUN tanpa menggunakan pemadam. 

aku beli dekat salah satu booth . hihi comel kan . 5 utk Rm 10

balik je aku bawak beg. alaa beg ala2 shopping bag tu. freegive ada yang bagi pen, keychain dan file.
dan yang paling penting, aku dah tau macam mana nak apply, nak tahu course yang sesuai dan syarat2 kemasukan. kalau dorang bagi borang aku isi aje lepastu tick bidang mechanical engineering, automobil, perhotelan. dah tu je yang aku minat. haha :D

No comments:

Post a Comment

Awak yang comel. Komen elok-elok tau