Saturday, 30 March 2013

Anak kucing dah reti makan


tahniah kepada saya kerana berjaya menimang 3 ekor anak bulus yang sangat comel. haha :') kelahiran bulus-bulus ni dah lama. sekarang dah besar, dah reti poopoop tak basuh sendiri. kucing memang tak reti cebok kan? 

sebenarnya saya taknak sangat pun menambah jumlah kucing yang memang dah sedia ada banyak dekat rumah ni.  tapi berkat usaha penulisan blog nota Papa Hero saya terbuka hati nak jaga kucing-kucing ni sebaik mungkin. kalau dulu anak kucing saya memang  tak diendahkan langsung. tapi sekarang, melihat ketulusan hati Papa Hero menyelamatkan kucing dan anjing jalanan yang terbiar tanpa makan dan minum, disepak oleh manusia yang tak berhati perut, dilanggar dan sebagainya buat saya terfikir, makhluk Tuhan pun perlu mendapat layanan yang wajar.kalau nak mengetahui lebih lanjut tentang kucing-kucing jalanan yang diselamatkan, bolehlah jenguk blog Papa Hero ( Di Sini )

sekarang ni anak kucing ni dah sihat. perut pun dah buncit. sebab suka sangat makan dan nenen mak dia. terharu tengok kesungguhan mak kucing menyusukan anak-anaknya.kesian pulak tengok si mak menyusu, jadi saya pun cuba nasib nak bagi kucing-kucing ni makan. supaya dia terbiasa nak makan. mula-mula dulu saya cuba bagi makan nasi campur dengan ikan kembung tapi dok tengok makanan tu lepastu mengiau. ih geram lah jugak :D mungkin masa u umur kucing tu belum sesuai untuk makan.

beberapa minggu lepastu, mak kucing ni pun jadik malas nak menyusukan anak dia. anak dia pulak mengiau nak susu. kesian tengok saya beli lah wetfood. berharap anak kucing tu nak makan. dan hasilnyaaa...

 

 

senang hati tuan punya kucing. haha : takda lah dengar baby-baby ni mengiau cari mak dia. mak dia pulak jeling-jeling tengok si anak makan. hihi jeles letewww  

Whiskas wetfood feveret anak kucing perisa Ocean Fish

No comments:

Post a Comment

Awak yang comel. Komen elok-elok tau