Saturday, 30 March 2013

Anak kucing dah reti makan


tahniah kepada saya kerana berjaya menimang 3 ekor anak bulus yang sangat comel. haha :') kelahiran bulus-bulus ni dah lama. sekarang dah besar, dah reti poopoop tak basuh sendiri. kucing memang tak reti cebok kan? 

sebenarnya saya taknak sangat pun menambah jumlah kucing yang memang dah sedia ada banyak dekat rumah ni.  tapi berkat usaha penulisan blog nota Papa Hero saya terbuka hati nak jaga kucing-kucing ni sebaik mungkin. kalau dulu anak kucing saya memang  tak diendahkan langsung. tapi sekarang, melihat ketulusan hati Papa Hero menyelamatkan kucing dan anjing jalanan yang terbiar tanpa makan dan minum, disepak oleh manusia yang tak berhati perut, dilanggar dan sebagainya buat saya terfikir, makhluk Tuhan pun perlu mendapat layanan yang wajar.kalau nak mengetahui lebih lanjut tentang kucing-kucing jalanan yang diselamatkan, bolehlah jenguk blog Papa Hero ( Di Sini )

sekarang ni anak kucing ni dah sihat. perut pun dah buncit. sebab suka sangat makan dan nenen mak dia. terharu tengok kesungguhan mak kucing menyusukan anak-anaknya.kesian pulak tengok si mak menyusu, jadi saya pun cuba nasib nak bagi kucing-kucing ni makan. supaya dia terbiasa nak makan. mula-mula dulu saya cuba bagi makan nasi campur dengan ikan kembung tapi dok tengok makanan tu lepastu mengiau. ih geram lah jugak :D mungkin masa u umur kucing tu belum sesuai untuk makan.

beberapa minggu lepastu, mak kucing ni pun jadik malas nak menyusukan anak dia. anak dia pulak mengiau nak susu. kesian tengok saya beli lah wetfood. berharap anak kucing tu nak makan. dan hasilnyaaa...

 

 

senang hati tuan punya kucing. haha : takda lah dengar baby-baby ni mengiau cari mak dia. mak dia pulak jeling-jeling tengok si anak makan. hihi jeles letewww  

Whiskas wetfood feveret anak kucing perisa Ocean Fish

Wednesday, 27 March 2013

#2 Wordless Wednesday

Fake is always fake babehh.
Mohon kepada si dia

392902_155570074603749_1732428119_n_large

Ya sangat rindu

Tumblr_mk708tzwhu1ri8cydo1_500_large

rindu siapa? rindu blog lah. its been a few days tak update. memang seriously sibuk dgn latihan bomba, urus uniform bomba, baru habis exam, and bla bla bla. sampaikan tak merasa lagi nak blogwalking puas-puas. 

semenjak buat latihan utk persiapan perkhemahan kadet bomba, memang langsung tak sentuh pun laptop. online pun menghadap tab dgn phone je. muka pulak takpayah cakap memang serupa org nun jauh di negera sana. ada garisan halus mulus kesan cermin mata. haha :')

ni nak inform apa muslihat di sebalik gambar kitten yang comel tu. saya dah ada anak kucing :) anak maknya si Chae-Kyung, cucu mendiang Kot-Nim. ala kesian Kot-Nim tak sempat nengok cucu sulung dia. nanti-nanti bila dah ada masa saya share lah muka comel kitten-kitten tu :) sekali dengan tips bagi makan kitten.

see you later okayy. kinda mengantuks here. esok ada latihan bomba pulak. alahaii malasnyaaaaaaa


Saturday, 16 March 2013

Home Wireless Maxis Modem

Look what Mamak bought.....


actually entry ni sepatutnya di-Publish minggu lepas hari ahad. sebab mak beli ahad lepas. dah bekurun dah cerita baru nak update. sebnarnya ni nak beli sebab tak puas hati guna broadband. boleh connect satu latop je kan. mana aci. mak nak guna, bapak nak guna, anak pun nak guna. jadi timbul lah isu nak beli Home Wireless Maxis Modem. 


sekarang masih dalam Trial Usage. sebab akak promoter tu cakap kalau tak puas hati dengan perkhidmatan benda ni, boleh pack elok2, hantar pegi Maxis Centre, Satok. activation fee Rm 150 pun dia bagi balik. so cuba je lah.

setakat hari ni (6 hari berlalu lepas beli) perkhidmatan elok aje. boleh connect dengan latop mak, latop aku, tab, dan telefon rumah yang dibagi sekali. boleh call org tersayang katanyaa. *hashtag foreveralone muehehehe

sekali dengan Digital Cordless Telephone. 

 
letak dalam bilik saya. im the one yg control intenet. kihkih

Nota jarimanis: sesiapa pengguna broadband yg tak puas hati dengan Isu hanya-boleh-connect-satu-tapi-latop-banyak-dengan-ipad-tab-phone-sekali tu disyorkan wireless modem ni. ada phone free sekali :)

# tadi bukak chatbox blog lagu satu yang INI saya menang cursor free untuk segmen MY BEST K-DRAMA by Aziera. Thank you Kak Zieyyy. 

Wednesday, 13 March 2013

#1 Wordless Wednesday

 the thing that students always think to get off
the thing that students become stup** with (me of course)
the thing that enable students to sleep for 2 hours in class
the thing that i used to HATE
*
*
*
*

first day with the highlighted subjects yang OH NO =.=

Saturday, 9 March 2013

Kolaborasi pertama Jay Park & Mizz Nina

 

Wait! why are my boyfriend standing and taking picture with Mizz Nina?
nahh..
have you heard about them? 

well. beberapa hari yang lepas *kot* aku dimaklumkan oleh Melvin si murai dengan pelancaran lagu "Around The World" kolaborasi antara penyanyi Korea (boyfriend of mine), Jay Park dan penyanyi Malaysia yang gorjes, Mizz Nina. amboi, mentang2 aku Jaywalkerz terus dia hendap aku dekat tangga gara2 nak infom pasal lagu ni. ehh eksaited lah jugakkkkkk. so, for those yang tak dengar lagi lagu ni, sila rajinkan diri ye menuju ke LINK INI

oh ofcourse lah JAYWALKERZ *Jay's fandom Malaysia mesti dah terlebih fangirling dengar lagu ni ken ? sama lah dengan makcik di sini =.= suara 2 org penyanyi ni memang menyedapkan eardrum aku yang dah 5 hari tak korek  
and what i love the most lirik ni...

"From Malaysia to Korea"
"From Korea to Malaysia"

seems like Jay sangat suka Malaysia. mungkin sebab Jaywalkerz yang merata-rata di Malaysia include me pleaseeeee. dan mungkin tertarik dengan Malaysia lepas dia buat showcase DiGi dan MTV WORLD STAGE 2012 .anyway, wish both of them lots of luck for their collaboration. ehh album takde ke? 

Sunday, 3 March 2013

Karnival Pengajian Tinggi "Jom Masuk U" 2013 di Waterfront Kuching

Amaran awal.  
Post kali ni agak panjang sebab dah lama tak update belog busuk ni. sepanjang tu jugak lah banyak je benda yg aku nak nak nak sgt update! sebab dan akibat lama tak update..


haa. nilah yang jadi dengan laptop aku. tak nak on. aku pun taktau apa penyakit yang dialami. high blood pressure mungkin? mak pun decide nak bawak pegi kedai sebab warranty masih hidup! *kelegaan sedikit*

Lupakan pasal Laptop. jdi semalam aku pegi lawatan ke Karnival Pengajian Tinggi 2013 di Waterfront Kuching. lawatan setengah hari je ko sebab gila memang sesak tempat tu. nasib baik bilik pameran tu semua ber-aircond. 

 
dalam bas menuju ke waterfront :)


 


masa ni memang memalukan gila. haha :D sebab maklumlah sekolah kteorg yang paling awal sampai, jadi tanpa malunya kitaorg ambik gamba dekat tempat masuk. alah konon selebriti atas red carpet. banyak jugak lah mat salleh yang terintai-intai kitaorg. lepas sekolah lain dah sampai semua reti duduk diam. pndai pulak malu. kihkihkih :D

 

gambar dekat atas tu memang mintak penampar. haha :D sengaja nak ambik gambar sebab tunggu nak masuk tu punyalah lama. kitaorg terpacak situ lebih kurang setengah jam boringgg. jadi beralaskan alasan (ayat skema) nak pergi toilet kitaorg lepak lah dekat situ, jadi model sambilan. 

booth Universiti Sains Malaysia (USM)

booth Kolej PTPL yang menarik minat aku 

booth yang paling menarik. seriously nak ambik brosur memang susah sebab semua berminat dgn UNIMAS 

 
booth yang sesuai dalam kemahiran melukis. abang tu awesome sebab dia lukis bangunan DUN tanpa menggunakan pemadam. 

aku beli dekat salah satu booth . hihi comel kan . 5 utk Rm 10

balik je aku bawak beg. alaa beg ala2 shopping bag tu. freegive ada yang bagi pen, keychain dan file.
dan yang paling penting, aku dah tau macam mana nak apply, nak tahu course yang sesuai dan syarat2 kemasukan. kalau dorang bagi borang aku isi aje lepastu tick bidang mechanical engineering, automobil, perhotelan. dah tu je yang aku minat. haha :D