Wednesday, 29 January 2014

#WordlessWednesday ; Know your cats

Hello :)

 

Siapa ada kucing? Hehehehe
Kucing pun ada perasaan macam kita.
Nak kawan, nak marah pun kucing tau.
Kucing aku ekor nya semua kontot macam ibu jari manusia. 
Susah nak agak bahasa ekor dorang. Hehe

So, your cats say what?

Monday, 27 January 2014

Novel Kau Marah Aku Suka - Fatin Nabila

Hello :)

Aku dan novel sememangnya tak boleh berpisah. Nama pun budak lepasan kan, takda kerja cari novel nak luangkan masa lapang hehe. Kali ni nak review pulak novel terbitan Grupbuku Karangkraf yang aku dah habis baca lama dah tapi lupa nak review. Novel Kau Marah Aku Suka karya Fatin Nabila

novel kau marah aku suka 

Comel je kan kulit novel ni hehehe sesuai untuk mood org remaja masa kini. Amboi ayat kemain. 

novel kau marah aku suka 

Sinopsis belakang buku;
Dian Qarmila dan Iskandar memang tidak serasi. Iskandar seolah-olah cili padi pada Dian. Bertembung saja dengan Iskandar, dia akan kepedasan. Pedihnya yang meresap hingga ke ulu hati. Bencinya Dian pada "Encik Beruang" yang penuh berlagak itu. Perang mulut antara mereka tidak pernah putus.

Namun, ada suatu rasa di hati Iskandar. Makin Dian marah, makin dia sukaa. Malah makin merindu pula. Inikah dinamakan cinta? Opps...mana boleh? "Cik Singa" ini mana kenal erti cinta. Lagi haru kalau dia meluahkan perasaan itu. Apa-apa pun dia perlu juga menyatakan hasrat hati kepada gadis itu. Dia perlu melamar Dian. Mana tahu selepas berkahwin nanti, Dian akan jadi lembut.

Sebenarnya dalam diam, Dian turut merindui lelaki itu. Ah, takut berterus terang! Anehnya, mengapa Iskandar kian bertandang di ingatan? Siapa yang gila sebetulnya? Lama juga dia hendak memberi jawapan. Tekadnya mahu kahwin tanpa cinta. Padanya, itu lebih baik dan penuh berkat.

--------------------------------------

Haiih bila baca novel ni rasa geram pun ada dekat Dian Qarmila ni. Orang nak dia, dia pulak lari. Dian seorang gadis yang kental dan ego. Dan juga degil, hati batu. Dian bersikap sebegitu sebab kisah lampau dia. Kisah lampau apa?
Iskandar ni pulak seorang yang soft-spoken aje. Sudah lah terpaksa bersabar bila Dian meletakkan petai di dalam beg kerja nya yang dibawa masuk dalam bilik mesyuarat. Part ini memang kelakar gilaa! Rasanya kalau aku lah di tempat Iskandar haih mau pengsan sebab malu!
Novel ini bukan berkisarkan cinta 'Cik Singa dan Encik Beruang' je, tapi ada satu rahsia besar di antara ayah Redza dan Dian Qarmila. Rahsia apa? Perempuan simpanan? Redza ialah suami kepada Sara teman baik Dian. Dan Redza ialah teman baik Iskandar si Encik Beruang. Ending novel, mesti semua boleh agak kan? Hehehehe

Hmm, banyak rahsia ya novel ni? hehehe nak tahu apa rahsia itu sudi-sudilah baca novel ni. Bagi aku novel ini tak bosan langsung. Rasa nak gelak, rasa nak tumbuk si Dian, rasa cincang kepala Danea dan Maria. Semua perasaan bercampur baur bila baca novel ini. Rating yang aku bagi untuk novel ini 9/10 =) Syabas buat penulis, Fatin Nabila.

Harga novel : Rm26(SM), Rm29(SS)

Barisan Pemenang Anugerah Juara Lagu 28

Hello :)

pemenang ajl28,

Beberapa minit lepas tamat sudah konsert Anugerah Juara Lagu yang ke 28. Dan keputusan sudah pun diumumkan.

Juara : 
Bahagiamu Deritaku - Hafiz
(Rm 35,000 & Trofi)

Naib Juara :
Hanya Aku - Hyper Act
(Rm 15,000 & Trofi)

Tempat Ketiga :
Kalau Aku Kaya - Awi Rafael dan Altimet
(Rm 12,000 & Trofi)

Anugerah Persembahan Terbaik :
Bahagiamu Deritaku - Hafiz
(Rm 10,000 & Trofi)

Anugerah Vokal Terbaik :
Ikut Rentakku - Jaclyn Victor
(Rm 10,000 & Trofi)

Anugerah Juara Mobile :
Bahagiamu Deritaku - Hafiz

rotikaya, hafiz suip, hafiz af hensem


Sudah pasti fans Hafiz gigit buku takpun melompat kegirangan kan sekarang? Ini sangat menggambarkan keadaan aku sekarang. Apa tidaknya, AJL25, AJL26 dan AJL27 sudah menjadi milik Hafiz dan double happy bila AJL28, Hafiz sekali lagi dinobatkan juara. Satu malam gondolkan sekali 3 trofi! Hebat Hafiz hebatt, anak sarawak! 

Buat artis yang menang dan tidak menang, tahniah juga diucapkan. Jumpa lagi di AJL tahun baru :)

Sunday, 26 January 2014

Daiso Japan | Everything RM 5!

Hello dan selamat berhujung minggu :)

Pernah dengar tak apa itu Daiso Japan? Okayy aku pun tak pernah kenal pun apa Daiso Japan ni sebenarnya. Selepas kejadian memalukan semalam, baru aku tahu apa itu Daiso Japan.

Nak dijadikan cerita, semalam alkisahnya, aku pergi Boulevard, Kuching. Hasrat mula-mula nak beli novel dan jumpa kawan yang kerja dekat area situ. Menghayun kaki terus sampai satu kedai yang sangat menarik perhatian dekat new wing sebab tema kedai tu warna purple berjalur. Aku pun jakun sgt kan nampak je perkataan Japan terus teringat benda comel, kawaaii. Rupanya kedai serbaneka (eh yeke). Mindset aku terus cari skipping rope sebab dari minggu lepas nak berskipping haha. Bila dah jumpa tu jenuh aku cari mana pricetag dia kann. Jumpa lah akak yang pakai uniform dekat rak sebelah. Terus tanya "excuse me miss, how much?" dengan muka kelat dan tahan gelak dia jawab aku "miss, everything here is rm5"  

 

Alahaii, sudah la jakun tak reti baca pulak kan. Hahaha :D first time gak nampak kedai yang seragam je harga dia, rm 5. So, takpayah lah susah-susah nak pegi price checker check harga kan? sebab semua rm5. Berbaloii! Banyak barang yang ada dekat situ, aksesori, perkakas dapur, container, aksesori kereta dan baju kucing dan anjing pun ada! 

 

 



Apa yang aku suka tentang kedai ni, lantai dia superb bersih, barang-barang yang disusun pun kemas je. Senang nak cari. Pekerja dia semua beruniform which is menyenangkan customer nak differentiate pekerja dan pelanggan. Dan yang paling penting, takpayah tanda harga okay, sendiri tahu.



Di mana Daiso Japan di Kuching?
Daiso Japan, Boulevard Shopping Mall,
Round Atrium, New Wing.