Tuesday 8 April 2014

Lepasan SPM

hello :)


Alahai lamanya tak update belog. Padahal jadi full-time housemaid(lepasan sekolah) pun blog masih terabai. Teringat dulu pernah nak berjanji nak jadi full-time blogger. Mana tah angin bawak janji tu kan. Hahaha..

Since dah dapat result SPM 2013 ni otak lebih tertekan daripada masa duduk SPM dulu. Dulu waktu duduk SPM cuma perlu study buat revision turun kelas tambahan, tu je walaupun result takda lah gagah mana. Tapi keadaan waktu tu tak lah stress macam sekarang. Dengan takda surat tawaran atau panggilan lagi. Yang ada pun cuma sms daripada pihak yang saya pun taktau mana datangnya. Sudah lah sms tu tak sertakan nama kolej atau universiti. Tinggi lah tahap curious saya kan.

Next. Dengan tekadnya tunggu nama form 6 keluar ni ada juga yang masih bantah masuk form 6. Kalau bantah tu takpa, masih okay lagi. Ni siap ada yang kutuk-kutuk lagi Form 6. Kesian abang akak form 6 sekarang ni. Tapi based on experince sedara-sedara yang masuk form 6, dorang dah nak graduate dah pun sekarang. Sebab form 6 boleh dikira sbg Pre-U(diploma) jadi tahun nak amik Degree tu kurang daripada yang tak amik form 6. Ni advantage paling advance lah ni. Jadi saya ni masih boleh handle lagi mentaliti-terpengaruh dengan kutukan form 6 ni.

Hahh dan yang paling saya tak suka. Tiap kali ada makcik-makcik yang tanya nak amik course apa, mesti saya jawab redha je "taktau lagi". sebab apa taktau? sebab kelayakan untuk course yang saya nak dah takda harapan. hahahaha redha je lah.

Sekarang ni cuma go with the flows je. Memandangkan sampai saat ni masih belum ada posmen yang hantar surat tawaran, last choice form 6. For me, form 6 ni berguna jugak. Sebab amik masa 2 tahun je nak habis banding dengan diploma 3 tahun. Kalau ada tawaran yang berkenan datang nak kena fikir banyak kali jugak. Hmm siapa cakap habis sekolah senang?

#kenapa lah blog ni masih belum ada CPUV yang lekat? STRESS jugak tauuu. huhu

11 comments:

  1. Replies
    1. harapnya adalah tu. takut jugak sekarang ni. doakan kita ye :)

      Delete
  2. samalah. tak dapat tawaran apapa lagi T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan puteri. yang ada pun dari swasta kena bayar tu lah ini lah.

      Delete
  3. xpa chacha..perjalanan msh jauh gk..chaiyok2..gudluck..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyou. bergantung dengan rezeki jak tok. :)

      Delete
  4. Sis dah check result untuk IPG ka? Kmk owg dah molah permilihan dah minggu lepas. Kmk nanyak sebab banyak owg sik tawuk yang IPG towk mesti dicheck on9.

    ReplyDelete

Awak yang comel. Komen elok-elok tau