Saturday, 26 April 2014

Tingkatan 6, Jurusan Sains

Nampaknya panjang lagi jodoh aku dengan Aliran Sains. Awak, memang jodoh aku SAINS.

Ada sesetengah students atau individu memandang tinggi aliran sains. Kononnya aliran sains ni semua bebudak pandai je layak masuk. Sini, aku nak terangkan, dah 2 tahun aku belajar dan duduk dalam kelas sains. Dan apa yang aku dapat, aliran sains ni jauh lebih susah. Janganlah pandang budak sains ni pandai sangat. Nak belajar every subject tu perlu struggle. Lagi-lagi lah kalau macam aku yang lemah Additional Mathematics dengan Chemistry. Dari awal tahun tingkatan 5 tu kot aku dah give up everything dengan Add Math dan Chemist. Sebab tu lah keputusan 2 subject ni agak tak gagah. Sebab dah give up tanpa berusaha. Hahaha menyesal sekarang pun tak guna. 

And here comes the story pasal hari Khamis lepas. Semua lepasan SPM dah tahu kan, 24 April tarikh untuk semak kelayakan untuk ke tingkatan 6 dan matrikulasi(matriks). Aku semak melalui SMS. Tak sampai satu minit hengkau dia reply balik. Beketar jugak tangan. Sebab takut takda nama. Kalau takda nama manalah arah hidup pun aku taktau. Dan aku TAK LAYAK untuk matriks. Sedih gilaa baq hang. Kepada yang layak Matriks, tahniah. Lepas tu semak untuk tingkatan 6. Aku LAYAK, tapi untuk jurusan SAINS 
TT__TT

Disebabkan tak puas hati aku check surat tawaran melalui online. Memang tak boleh lari dari realiti. Memang dapat jurusan sains dan bukan di sekolah lama. 

 

Dan sekarang ni aku masih belum decide apa-apa. Parents pun busy nak fikir. Memang susahlah jadi lepasan sekolah ni. Ingatkan boleh duduk rumah sambil tengok tv makan popcorn. Rupanya tak. Kena sentiasa online untuk alert apa-apa tawaran yang datang. Dan aku sangat-sangat perlukan khidmat kaunseling abang kakak former form 6. 

Untuk kawan-kawan seumur ni yang belum semak kelayakan. boleh semak melalui SMS
Untuk T6 : MOE T6 <NO IC> hantar ke 15888
Untuk Matriks : MOE MAT <NO IC> hantar ke 15888

Melalui online boleh semak sini,
Publish!

Tuesday, 8 April 2014

Lepasan SPM

hello :)


Alahai lamanya tak update belog. Padahal jadi full-time housemaid(lepasan sekolah) pun blog masih terabai. Teringat dulu pernah nak berjanji nak jadi full-time blogger. Mana tah angin bawak janji tu kan. Hahaha..

Since dah dapat result SPM 2013 ni otak lebih tertekan daripada masa duduk SPM dulu. Dulu waktu duduk SPM cuma perlu study buat revision turun kelas tambahan, tu je walaupun result takda lah gagah mana. Tapi keadaan waktu tu tak lah stress macam sekarang. Dengan takda surat tawaran atau panggilan lagi. Yang ada pun cuma sms daripada pihak yang saya pun taktau mana datangnya. Sudah lah sms tu tak sertakan nama kolej atau universiti. Tinggi lah tahap curious saya kan.

Next. Dengan tekadnya tunggu nama form 6 keluar ni ada juga yang masih bantah masuk form 6. Kalau bantah tu takpa, masih okay lagi. Ni siap ada yang kutuk-kutuk lagi Form 6. Kesian abang akak form 6 sekarang ni. Tapi based on experince sedara-sedara yang masuk form 6, dorang dah nak graduate dah pun sekarang. Sebab form 6 boleh dikira sbg Pre-U(diploma) jadi tahun nak amik Degree tu kurang daripada yang tak amik form 6. Ni advantage paling advance lah ni. Jadi saya ni masih boleh handle lagi mentaliti-terpengaruh dengan kutukan form 6 ni.

Hahh dan yang paling saya tak suka. Tiap kali ada makcik-makcik yang tanya nak amik course apa, mesti saya jawab redha je "taktau lagi". sebab apa taktau? sebab kelayakan untuk course yang saya nak dah takda harapan. hahahaha redha je lah.

Sekarang ni cuma go with the flows je. Memandangkan sampai saat ni masih belum ada posmen yang hantar surat tawaran, last choice form 6. For me, form 6 ni berguna jugak. Sebab amik masa 2 tahun je nak habis banding dengan diploma 3 tahun. Kalau ada tawaran yang berkenan datang nak kena fikir banyak kali jugak. Hmm siapa cakap habis sekolah senang?

#kenapa lah blog ni masih belum ada CPUV yang lekat? STRESS jugak tauuu. huhu