Saturday, 17 August 2013

Dengar cerita The Conjuring best.

hello :)

first of all, ni nak bagitau post ni bukan review tau :) pernah dengar filem baru "The Conjuring"? mesti pernah dengar kan. "The Conjuring" ni ialah American Supernatural Horror Movie arahan James Wan. di mana filem ini dibintagi oleh pelakon *yang aku tak pernah kenal* iaitu Patrick Wilson & Vera Farmiga.
 

dari mana aku kenal filem ni? aku kenal filem ni dari friendlist facebook dan twitter. rasanya sejak seminggu yang lepas, news feed di facebook memang penuh dengan feedback filem ni. twitter pun tak kurang jugak. mak jemah scroll TL memang memanjang ja tweet tentang "The Conjuring". mai kita sama-sama hashtagtheconjuring! hehe.. memandangkan feedback yang diberikan positif terasa jugak nak tengok kan. you alls suda mempropagandakan daku utk menonton filem ini! OH TIDAKK.

filem ni based on true story. dengar kata filem ni serammm sangat sampai ada yang tutup mata guna handbag, menjerit dalam panggung wayang. hikhik lucu pulak dengar feedback org lain. tapi bagi aku yang belom tonton lagi memang taktau lah pandangan aku sendiri. lain org lain pandangan. sebab biasanya filem paling seram pernah aku tgok filem hantu Thailand. nama filem tu den lupa -.- Thai ni femes jugak cerita seram. kali ni filem seram omputeh pulak. biasanya filem omputeh ni berterabur sikit plot dia. kadang2 tak paham langsung. apa-apapun aku harap bolehlah jugak aku tonton filem ni. tak pegi wayang takpa. wayang dekat rumah pun jadi :)

Wednesday, 14 August 2013

Q3 Prepaid Roaming | CPUV yang pertama!

hello !

Setelah berkurun lama menunggu *ecece ayat poyos. akhirnyaaa dapat jugak mata menatap CPUV yang pertama (Q3 Prepaid Roaming)! yeayyyy big claps untuk diri sendiri. hehe sejak pertama kali blogging, ada account nuffnang. memang tak pernah-pernah lagi ada iklan CPUV. kadang-kadang tu timbul jugak perasaan jeleous yang amat tipis bila blogger-blogger lain dapat CPUV. dalam hati bilang "sabar Trish, satu hari nanti dapatlah tu.."

CPUV, nuffnang, the first CPUV


tak sangka pulak lama-lama tak update blog, baik pulak hati Mister Nuffnang pada 5 Ogos nak bagi CPUV. rezeki bulan kemerdekaan. jari ni pun gatal nak bukak account nuffnang 30 minit yg lepas. tak tau pun iklan apa lah tu sebenarnya. btw, thank you Nuffnang and Selamat Hari Raya :) akan ku gagahkan jugak tangan gedempol ni utk update :)

*lepas baca sila klik iklan *amaran keras! *okayyy kidding :D

Tuesday, 13 August 2013

Cara mudah untuk lupakan CRUSH yang tah apa entah

hello :)

sebenarnya saya isteri dia dah lama aku nak share benda ni. i mean tajuk di atas. panjang gilaa kan? tapi tu lah tajuk yang sebetulnya lepas patpuluhlima saat berfikir. kenapa aku nak share benda ni? sebab aku pernah rasa dan melalui benda ni. oh for the First time*untuk tahun ini wakakakaka.

apa itu CRUSH? yang langgar kereta helmet terbang? itu CRASH ya makcik. atau putus cinta tahap nak mekap berdozen-dozen? itu CLASH pakcik. CRUSH tu ...


sekarang dah paham? simptom orang-orang yang ada crush ni *especially pompuan memang agak pathetic. ada yang sanggup tunggu crush dia depan pagar sekolah pagi-pagi. ada yang sanggup letak cokolet dan hadiah yang sweet lagi comel bawah laci. ada yang sanggup pegi pondok telefon awam call crush semata-mata nak dengar suara crush dia yang hot tu. hurm pathetic tak? even aku sendiri ada simptom yang tersendiri *tidak tersenarai di atas. tapi, kadang-kadang kehadiran crush ni mcm tak berguna. bagaikan kain buruk di tepi singki. tapi BESTnya SKODENG CRUSH itu TIDAK TERKATAA :) yang ini bukan isu pathetic lagi tapi sarcasm. eh? so, back to topic. mcm mana nak lupakan crush yang tah pa pa entah tu?

1. BUANG SEMUA BENDA BERKAITAN CRUSH KAU TU
(╥﹏╥) buang buang buang. nak buang apa persoalan dia? buang lah benda yang ada kaitan dgn diri si crush tu! gambar dia dalam phone tu buang. apa-apa benda milik dia yang kau dapat dgn cara haram *contoh mcm nametag dia yg tercicir tu sila buang. kalau nak lebih ekstrem remove dia dari friendlist facebook.

2. JANGAN SKODENG DIA TIAP HARI
(╥﹏╥) hentikan visi dan misi awak skodeng kesayangan awak itu. makin di skodeng makin menjadi-jadilah perangai gila awak nakkan dia. skodeng tu kurangkan dari tiap hari ke sekali seminggu. 

3. FIKIRKAN PERKARA NEGATIF
(╥﹏╥) perkara negatif bukan benda yang tak elok tu. cuba fikir, kalau dia malukan korang suatu hari nanti mcm mana? kalau dia tu orang jahat mcm mana?

4. JADIKAN IDOLA/KPOP STAR CRUSH AWAK
(╥﹏╥) to be honest cara ni sangat sangat berkesan. ive tried it! taksalah jadikan Neymar, JayPark, Safee Sali, GDragon crush awak. lagi best. feeling lah kau jadi PA dia :D

okay im done. goodluck !

Meteor Shower. Pengalaman anda?

hello :) *bersua kembali lepas lama menyepi

have you heard about Meteor Shower? sejak 2 hari yang lepas internet heboh dengan berita tentang Meteor Shower yang boleh dilihat pada 12 Ogos 2013 (pukul 11 malam dan keatas). mungkin ada yang tak pernah dengar lagi apa benda Meteor Shower ni kan. alahhh Hujan Meteor kalau tak paham bahasa omputeh. menurut Wikipedia ;
Hujan meteor adalah fenomena astronomi yang terjadi ketika sejumlah meteor terlihat bersinar pada langit malam. Meteor ini terjadi karena adanya serpihan benda luar angkasa yang dinamakan meteoroid, yang memasuki atmosfer Bumi dengan kecepatan tinggi. Ukuran meteor umumnya hanya sebesar sebutir pasir, dan hampir semuanya hancur sebelum mencapai permukaan Bumi. Serpihan yang mencapai permukaan Bumi disebut meteorit. Hujan meteor umumnya terjadi ketika Bumi melintasi dekat orbit sebuah komet dan melalui serpihannya.

ramai Facebookers yang share pengalaman dorang duduk di tengah padang lapang, lepak sambil makan Twieties tunggu hujan meteor ni. tak kurang jugak yang panas hati kononya dah lama tunggu tapi tak jugak hujan meteor ni muncul-muncul. bawak besabar, munkin korang tak mandi, bau busuk, tu yang hujan ni taknak lalu kan? HOHO.

kalau yang bernasib baik tu, untunglah boleh nampak. kalau mcm aku ni yang pemalas nak tunggu memang berdengkur di atas katil adalah lebih elok. mimpi hujan meteor pun jadilah. tak payah nak tengok real-real punya. tapi, bangun pagi tadi ada jugak rasa menyesal sebab tak tunggu malam tadi. yelah kejadian mcm ni jarang berlaku dan boleh dilihat dgn mata kasar. pengalam sekali seumur hidup! tengah dok taip2 ni pun ada jugak rasa menyesal yang tak padan langsung dengan empunya mata malas. HOKHOK. so, whats up? korang penat-penat tunggu muncul tak hujan meteor nya? cerita la cerita la. sharing is caring :)