Sunday, 12 January 2014

Novel The Wedding Breaker | Ariana Rose

Kalau dulu slot Akasia ni aku tak layan sangat. Dulu aku lebih berpihak dengan cerita dari negera seberang, Indonesia (sila gelak mengejek). Aku mula layan slot akasia ni start dengan cerita Teduhan Kasih dulu. Sebab utamanya aku layan, hero dia lah Adi Putra. Lepastu addicted pulak dengan Love You Mr Arrogant, Playboy Itu Suami Aku dan yang tengah hot ditayangkan sekarang Ariana Rose. Apa yang buatkan aku layan cerita sebab semuanya adaptasi novel. Dan dengan bangganya aku ni kaki novel yang tegar (sambung aku yang dulu bukanlah yang sekarang..). Dan apa yang paling penting, semuanya Happy Ending. Aku ni tak suka dan pantang bila ada drama yang kau dok duduk layan depan tv setiap hari sambil lipat kain baju last-last ending tak gempak dan paling tak tak best bila hero dia yang dah perfect 10 tu mati or watsoever. memang tak suka. Maaf melalut terlalu panjang

"Saya memohon maaf kerana menggangu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar" - Ariana Rose

Itu ayat paling ling ling keramat dalam novel The Wedding Breaker yang diadaptasi untuk slot akasia, Ariana Rose. Masa mula-mula episod 1, serious kite taktau pon cite ni adaptasi novel yang kite dok amik-letak-balik dekat rak buku popular. Kalau aku tahu lah novel tu yang ganti PISA memang aku dah beli awal-awal. Lepas dah masuk episod 2..."eh novel yang aku tak jadi beli ahhhhhhhh" 

The next day aku pun jelajah pasar area aku kat sini, tak jumpa. Lepastu aku gagahkan jua kaki aku pegi Kuching Sentral mcm budak nerd belek-belek novel dalam rak Smart Bookshop dan maseh tak jumpa. Sebab dah geram sangat aku melalut lah post dekat wall facebook aku. Banyak yang rekemen tempat yang ada jual novel tu (Terima kasih!). Salah satu pengomen tu rekemen lah ada jual dekat kedai apek area stesen bas pekan Bau. Last-last dah jumpaaa. Emak yang belikan sebab aku dah tunai janji dia supaya kemas rumah dan bilik dia. Nangis air mata kristal.



Rating yang  aku bagi untuk novel ni 10/10. Yeayyy aku tabik sangat dengan penulisan Evelyn Rose sampaikan instagram Evelyn Rose pun aku follow! Penulisan yang sangat kreatif which avoid the readers from falling-head-to-pillow(i mean mengantuk). Dengan ayat yang sangat memukau gituuu. Dan novel ni banyak menyelitkan hadis yang bermanfaat. Banyak pengetahuan dan informasi yang diselitkan. Memang terbaik! 



Untuk dramanya pulak. Pemilihan pelakon memang sangat sesuai. Keith Foo sebagai Dato' Wira Tengku Adam Kamil dan Nur Fathia sebagai Ariana Rose. Memang sejibik dengan watak dalam novel.

4 comments:

  1. Tak baca lagi novel diaaa , nanti nak pinjam dengan kawan lah ;') . Haha . Btw , cerita ni best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeeee. cerita nya best plus pelakon dia memang cun lahh :') novel dia lagi banyak part romantik yang tak ditayangkan. cepat-cepat baca. hihi

      Delete
  2. best gila novel ni!
    iqa dah baca!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah baca ? baguslahh memang best sangat-sangat. hehe. cha habiskan novel ni dlm 2 hari je :D rasa mcm nak baca lagi

      Delete

Awak yang comel. Komen elok-elok tau