Aku dan novel sememangnya tak boleh berpisah. Nama pun budak lepasan kan, takda kerja cari novel nak luangkan masa lapang hehe. Kali ni nak review pulak novel terbitan Grupbuku Karangkraf yang aku dah habis baca lama dah tapi lupa nak review. Novel Kau Marah Aku Suka karya Fatin Nabila
Comel je kan kulit novel ni hehehe sesuai untuk mood org remaja masa kini. Amboi ayat kemain.
Sinopsis belakang buku;
Dian Qarmila dan Iskandar memang tidak serasi. Iskandar seolah-olah cili padi pada Dian. Bertembung saja dengan Iskandar, dia akan kepedasan. Pedihnya yang meresap hingga ke ulu hati. Bencinya Dian pada "Encik Beruang" yang penuh berlagak itu. Perang mulut antara mereka tidak pernah putus.
Namun, ada suatu rasa di hati Iskandar. Makin Dian marah, makin dia sukaa. Malah makin merindu pula. Inikah dinamakan cinta? Opps...mana boleh? "Cik Singa" ini mana kenal erti cinta. Lagi haru kalau dia meluahkan perasaan itu. Apa-apa pun dia perlu juga menyatakan hasrat hati kepada gadis itu. Dia perlu melamar Dian. Mana tahu selepas berkahwin nanti, Dian akan jadi lembut.
Sebenarnya dalam diam, Dian turut merindui lelaki itu. Ah, takut berterus terang! Anehnya, mengapa Iskandar kian bertandang di ingatan? Siapa yang gila sebetulnya? Lama juga dia hendak memberi jawapan. Tekadnya mahu kahwin tanpa cinta. Padanya, itu lebih baik dan penuh berkat.
--------------------------------------
Haiih bila baca novel ni rasa geram pun ada dekat Dian Qarmila ni. Orang nak dia, dia pulak lari. Dian seorang gadis yang kental dan ego. Dan juga degil, hati batu. Dian bersikap sebegitu sebab kisah lampau dia. Kisah lampau apa?
Iskandar ni pulak seorang yang soft-spoken aje. Sudah lah terpaksa bersabar bila Dian meletakkan petai di dalam beg kerja nya yang dibawa masuk dalam bilik mesyuarat. Part ini memang kelakar gilaa! Rasanya kalau aku lah di tempat Iskandar haih mau pengsan sebab malu!
Novel ini bukan berkisarkan cinta 'Cik Singa dan Encik Beruang' je, tapi ada satu rahsia besar di antara ayah Redza dan Dian Qarmila. Rahsia apa? Perempuan simpanan? Redza ialah suami kepada Sara teman baik Dian. Dan Redza ialah teman baik Iskandar si Encik Beruang. Ending novel, mesti semua boleh agak kan? Hehehehe
Hmm, banyak rahsia ya novel ni? hehehe nak tahu apa rahsia itu sudi-sudilah baca novel ni. Bagi aku novel ini tak bosan langsung. Rasa nak gelak, rasa nak tumbuk si Dian, rasa cincang kepala Danea dan Maria. Semua perasaan bercampur baur bila baca novel ini. Rating yang aku bagi untuk novel ini 9/10 =) Syabas buat penulis, Fatin Nabila.
Harga novel : Rm26(SM), Rm29(SS)
Cute na cover novel towk. Hihi.
ReplyDeleteChaca suka baca novel ek? Akak tak minat sangat..hihihi
ReplyDeletewah. macam best je
ReplyDelete