Tuesday 3 December 2013

Merdeka? | Tuan Tanah dah habis SPM!

hello bello. dah lama dah tuan belog ni menyepi ye tak? Ada lagi ke ingat blog Chaca Monsterr ni? Hahahaha. now let me tell you. saya dah habis SPM lah awak. dah siap semua paper, tinggal nak tunggu result dan rancang masa depan. merancang ni semua the worst and scariest part berdasarkan pengalaman orang-orang yang salah rancang. im dead if im one of them.

Pengalaman duduk SPM 2013. Kalau nak jujur, sebenarnya aku tak ready lagi. belom habis belajar 100%. tapi nak buat macam mana, salah diri sendiri jugak ye dak. paloi padah org sarawak tek. Nak tak nak duduk jelah exam. 2 weeks before, cuba tenangkan diri dan study semampu yang boleh, padahal dalam hati Tuhan je tahu betapa menyesalnya sebab pilih jalan "belajar last minute". Sepanjang exam, semua berjalan lancar. My parent bagi dorongan dan sokongan, guru-guru sanggup bangun awal pagi sama-sama berkumpul dengan student sebelum masuk dewan peperiksaan.

habis spm


Tapiiii kalau korang ada ikut perkembangan semasa selama berlangsungnya SPM ni, mesti tahu kan isu soalan bocor dan format yang ditukar. at the memont terfikir pulak ahh kenapa perlu student batch kami yang kena. Tahun-tahun sebelum ni takda pun benda macam ni jadi. Especially perubahan format untuk satu subjek tu, eloklah tahu sendiri ya subjek apa. Sampai masuk news kot. Banyak pihak yang tak puas hati (sendiri jugak ekekekekeke)

Semua paper dah duduk, takda yang tertinggal dan sekarang berserah je untuk result. Doakan je lah takda yang gagal. Addmath sila lulus! And now, free from studies and i want to become a fully-time blogger :) boleh ke tak ni? boleh ke tak ni? Kalau masa menyebelahi adalah tu. Hehehe.

Buat masa ni jadi penggangur dulu. Kononya nak balas dendam asyik-asyik bangun awal zaman masih sekolah. Nak settle buat lesen kereta yang tertangguh sebab SPM aritu. Harap-harap tak langgar tiang. Tapi, siapa tak rindu zaman sekolah. Bila takda kawan-kawan, cikgu-cikgu, senior, makcik kantin, makcik dewan, makcik cleaner rasa lain pulak. 5 tahun duduk sekolah menengah yang sama, dah macam family pulak individu-individu sekeliling. Hari-hari jumpa maunya. Dan ini, muka-muka lepasan SPM :D

habis spm

dah habis spm